Hari wisuda (graduasi) dah semakin hampir.
Dalam sibuk2 orang tempah baju la, berdiet, survey make up,beli bunga, buat kad ucapan semua aku macam biasa tidak berbuat apa2..macam mana nak bergerak kalau duit pun tak ada..
Sebetulnya aku memang mengharap yang duit scholar akan masuk minggu ni. Ternyata meleset..Semua harapan musnah..Rasanya impian untuk tampil berbeza di hari wisuda berkecai begitu saja..(cewah)
Bila ditanya kat wakil sponsorship katanya mungkin masuk tengah bulan depan..ah..gila la..parah dah sekarang ni..Duit yang 3 bulan dulu tu pun dah lama habis..mengharap pinjam kat budak2 yang ‘berada’ sikit..
Dan aku ni dah la memang ada riwayat selalu dapat duit lambat..(letak la nama anak huruf A nanti ye) tapi kali ni bukan aku je..semua pun..Antara alasan yang wakil tu bagi tahu sebab budak2 batch baru ni lambat bagi diorang punya no akaun bank..Alahai adik2..comelnya kalian..Rasanya mau je aku pergi buat demo kat depan rumah korang sekarang juga.
Macam mana pun aku yang brilliant lagi comel ni masih ada plan B untuk wisuda nanti. Baju wisuda pakai je baju raya..Takpun buat ilusi optik sikit, pakai baju yang lama dah tak pakai..Kasut pulak pinjam kat junior..KAlau nak bunga pinjam je kat budak rumah lepas tu amek 2-3 gambar..Ok la kot..Memang le orang perempuan ni suka menyusahkan diri sendiri huhu..
Kalau muka cantik dan pandai bergaya orang puji..
Muka tak cantik tapi berlebih2 pula orang kata over..
Kalau nak buat dek je..orang kata tak bagus la gambar grad nanti..Nama pun perempuan kalau tak bergaya tu orang tak pandang (ni ayat sape tah aku kutip).
Aku tahu la ada sesuatu kot disebalik kelewatan masuk duit ni..Agaknya kalau ada duit la..berapa banyak le aku akan belanjakan@laburkan@bazirkan hanya untuk wisuda ni..(ni mungkin kata2 orang takde duit yang dengki).
Tapi aku cuma mahu bersikap jujur saja..yeh memang aku dengki korang tempah baju kebaya cantik..huhuhu..
Thursday, 29 October 2009
Monday, 26 October 2009
borang penilaian diri
Alangkah indahnya dah pulang ke kampus..kenangan kat koja takkan aku lupakan especially bila selalu je rasa gempa..agaknya sebab dekat dengan laut kot..hahah..alhamdulillah takde apa2 terjadi..
Hari ni awal2 pagi dah start kuliah balik..Agak sedikit bosan sebab teori je..n bahasa2 yang tak masuk ke otak kesayangan aku ni..dikala bosan2 dengar kuliah public health tu, aku telah mengedarkan borang penilaian diri sendiri kat kawan2..
Saja je gediks. Cuma nak evaluate diri sendiri je..sebab aku rasa kebelakangan ni aku agak tidak terkontrol..mungkin nilai2 kesopanan dan ketatasusilaan aku dah semakin menipis ye lah sebab dah terlalu selesa sangat dengan kawan2 serumah ni sampai kadang2 ada la benda yang aku buat tu terlalu tegas atau ikut kepala sendiri..Aku juga rasa sejak sebulan ni aku banyak plan macam2 tapi tiba2 je jadi lain dan terus tukar plan lain..Aku memandang tu sebagai flexible, tapi macam mana pula orang kata? Adakah mereka akan kata aku cakap tak serupa bikin..
Aku juga semakin bingung kenapa kebelakangan ni aku terlalu memikirkan apa yang orang kata..hmm..agaknya bila dah dewasa dan buat keputusan sendiri ni kalau tak ada orang yang tegur, kita takkan tau apa salah kita dan mungkin terus berlagak dan sombong atau berlagak sombong? eh mintak simpang taknak..kalau sekolah dulu ada la jugak cikgu nak tegur..kalau kat rumah mak ayah ada..kalau jauh2 ni harap kawan2 je la..
Dan tak disangka tanpa fikir panjang diorang terus tulis dan bagi balik. Dag dig dug juga hatiku tapi aku ambil dan terus simpan kertas tu. Adakah mereka juga bosan mendengarkan kuliah public health yang tak-tahu-bila-nak-habis-tu..atau diorang sangat bersemangat nak membantu aku untuk menilai diriku dari sudut pandangan mereka??
Niat di hati nak baca malam ni jugak., tapi tiba2 ada ujian mengejut ECG pulak..so terpaksalah aku yang dalam keingin tahuan ini memendam perasaan sementara menunggu hari esok..tapi boleh pulak menaip entry ni huhuhu..marilah belajar untuk ujian!!! Yeay..

Saturday, 3 October 2009
Selamat hari raya..serius tak ingat hari ni syawal ke berapa tah..Seminggu lepas raya dah kena masuk hospital buat proram orientasi..Sebab dah sibuk tu yang tak teringat benda2 lain tu..Ni pun curi2 kesempatan balik rumah sewa lama..malam esok on call pulak, jadi kena balik awal sikit..
best balik rumah kos ni..baru la kenal erti rindu dan syukur kat rumah sewa kat tanjung duren ni..
berbanding dengan rumah sewa dekat hospital tempat aku buat preclinical..rumah ni rasa selesa lagi la..Air bagus tak sekat2..kedai makan bersih sikit..dan paling penting mestila ada line internet..Dah la jangan banyak merungut..tak ada faedahnya pun. jalani saja dengan baik..
Kehidupan sangat sibuk sekarang ni dan kesihatan mestilah kena jaga dengan baik..Mana taknya area hospital ni sangatlah tinggi kes TB dengan AIDSnya..Belum masuk malaria dengan denggi lagi..nak taknak kena makan banyak..huhu..alasan.
Ok mahu ke mall tukar duit.duit dah takde

Subscribe to:
Posts (Atom)