Tuesday, 26 May 2009

antara Anyer dan Jakarta~~

Antara Anyer dan Jakarta kita jatuh cinta…cewah..takde la jatuh cinta kat orang...jatuh cinta kat pantai la..
Suka pantai..dah lama tak mandi laut..dah besar2 ni susah pulak la nak salin baju..
Perjalanan dari Jakarta ke Anyer mengambil masa kira2 3 jam..Bertolak pukul 4.30 pm sampai dalam pukul 7 lebih..Agak lenguh jugak la otot2 ni sebab lama duduk dalam bas..Naik coach je..sewa untuk 2 hari dalam harga rm 400..

Ingatkan sempat nak tengok matahari terbenam(sunset) tapi jalan jam so tengok sunset dari dalam bas je la..Tak sangka jalan jam jugak ye kat Anyer..padahal tak la ramai sangat penduduk kat sana..Sebenarnya perjalanan tak la seindah mana..sebab bila keluar je dari jalan tol dah start la jalan berlopak2..Rasa macam naik kuda..
Banyak lori lalu lalang membawa peralatan kabel dan elektrik kerana kerja2 perbaikan kabel di bawah jalan giat dilakukan bila malam tiba..

Sampai je kat Mutiara Carita Cottage,berkemas2..mula la buat api untuk bbq..Malam tu makan2 ayam, ikan dan sotong bakar sambil dengar bunyi ombak..Langit begitu terang dengan bintang2 bertaburan menyinari malam..Bau rumput basah selepas hujan sangat menyegarkan dengan angin pantai yang menghembus damai..Selepas habis slide presentation dalam jam 12 kami balik ke banglo masing2 dan tidur sebab esok nak bangun awal untuk tahajjud..

Paginya selepas tazkirah pagi, main2 di pantai dan bergambar..Ambil kesempatan naik bot..Dari tengah laut boleh nampak sayup2 je gunung berapi Krakatao. Abang bot tu kata kalau nak ke sana sejam je bayar lima ratus ribu..boleh tawar lagi kut..macam agak mahal..lebih2 lagi bila tahu orang Malaysia..

batch 0lima

Lepas tu tengahari ada lagi games2 yang menarik sampai la lepas zuhur, baru bersiap2 balik..huhu..Rasa tak nak je tinggalkan pantai..uuu tapi esoknya ada kelas..
Malam tu sampai Jakarta pukul 8 lenguh2 badan..Sempat jugak cari2 cenderamata untuk budak2 rumah yang tak ikut..
Keseluruhannya, Anyer memang best..tapi kalau dapat tinggal beberapa hari lagi mesti lagi seronok...

subuh gajah



fadzi dan sotong kurita~~

Sunday, 24 May 2009

Sibuk~~

Atas sebab tertentu aku lupa tanggungjawab aku sebagai pemilik halaman ini..huhu..
Sibuk..biasa la student..
5 May lepas hari jadi Enab..Selamat hari jadi!!Hari ni birthday Fini..
Thank you sebab setuju nak collaborate belanja girls 05 makan2 kat KLV..Ye la dari hari tu konon May Babies nak buat makan2 asyik tak jadi je..haha..macam geli je sebut May Babies..
(Tu Kharimah yang bagi nama ehh..)

Haha..tak sedar dah lama meninggalkan zaman teen. Kejap je pejam celik dah besar macam ni..Mesti mak2 terkenang saat2 melahirkan kita dulu..kejap je masa berlalu..Terima kasih mak.

Apapun kita seharusnya bersyukur kepadaNya sebab masih diberi peluang untuk bernafas dan merasai nikmat kehidupan sampai umur macam ni..Lama tu..masuk tahun depan dah suku abad..janganlah sampai terleka sebab tanggungjawab kita bukan di dunia ni je..kat akhirat tu yang kekal abadi ..semoga kita dapat menjadi lebih matang lagi ye dari tahun ke tahun.



--Minggu ni memang sangat sibuk la..Ada lawatan kilang kat Cikupa..dan aktiviti tarbiyah kat Anyer..

Wednesday, 6 May 2009

Tiru cara kamal untuk menjadi hot

Ni cerita tentang seorang lelaki yang pemalu. Kamal nama dia.
Walaupun tidak confident dengan diri dia tapi dia patut berbangga sebab muka dia adalah nak iras2 sikit dengan Afgan yang nyanyi lagu terima kasih cinta tu..Cuma versi besar.


Sebab dia cakap slow, perempuan selalu salah anggap apa yang dia nak cakap.Tapi dia baik.Dan suka gadis2 kawaii dan berbadan petit..Kami semua selesa dengan dia.Dulu..

Semester lepas dia mentransform diri dengan memulakan langkah mendownload semua series cerita daripada heroes, betty, grey's anat,house,desp housewife, anime dll..
So siapa yang nak cerita terbaru, memang dialah yang kami cari..nama dia dah mula meniti ke bibir2 para gadis terutamanya budak2 junior..Kami pun dilupakan.Takpe tak sedih..Biasalah lumrah alam..
Dia juga sering update dengan pelbagai gosip sampai semua orang pun sibuk cari dia kalau ada apa2 hal terjadi kat kampus.Mesti dia tahu punyalah..

Semester ni, dia mengambil langkah lebih maju dengan meletakkan gambar penuh dia kat ym (maju ke ni?) dan ditambah dengan status2 ym yang berbau provokasi..
Kami suka dia konfiden terhadap diri, tapi kalau bab provok2 orang lepas tu gaduh, lepas tu sendiri merajuk itu sangat kami tak setuju..

Kecoh satu kampus bila dia kata budak rumah kami gaduh dengan dia..Cuma kitorang ambil movie kat orang lain tak makna kita gaduh. Macam budak kecik pulak..
Lagi kecoh bila dia cakap sorang girl ni tak pakai underware la..

Baru2 ni memang dia mengaku mahu "terlihat" daripada terus2 jadi baik dan dipandang biasa2 saja.
Dia suka sebab taktik tu berjaya..Suka bila orang tanya2..
"dia kenapa?apesal dia cari pasal dengan aku?"

Tahniah..tapi kami mahu kamal yang dulu. Mungkin tak popular dengan kisah hotnya, tapi diingati sebab baik, sopan dan konfiden.

Tuesday, 5 May 2009

Hipokrit memang sifat kita..

Semua orang pandai bermuka2.Ada orang kata, bermuka2 tu termasuk la menunjukkan sikap sopan santun terhadap orang yang kita baru kenal..(siapa yang kata?)
Ye lah takkan main terjah saja..Sejak kecil kita diajar berbudi bahasa..Budi bahasa budaya kita..siti nurhaliza pernah nyanyi lagu ni kat tv..

Tapi bila dah berkawan lama mesti satu demi satu perangai terbongkar..Dan akhirnya kita akan mula mengenali hati budi kawan tersebut..
Itu lumrah berkawan2 la..mana ada orang yang perfect. Kadang2 bila kita cakap sesuatu, orang lain mengertikan sebagai benda lain. Kita boleh berfikir apa saja yang kita suka, dan bercakap apa saja yang kita mahu, tapi kita kena ingat yang orang lain juga ada akal fikiran yang sentiasa bekerja, mencernakan informasi2 yang dia dapat.

Mereka juga boleh berfikir seperti kita. Atau kadangkala tidak seperti kita.


Jarang orang disuruh berperangai hipokrit..Selalu ayat dalam drama2 melayu akan kata
“Awak jangan la nak hipokrit, saya dah tahu apa awak buat kat dia!!”(garangnya)
“Tak payah nak bermuka2 depan aku..aku tau kau siapa”
“Kau tak perlu berlakon lagi..aku tahu semua rahsia kau..Kau kahwin dengan datuk K tu kan??”

Tapi aku agak pelik la kalau ada orang disuruh bermuka2..
Nasib bukan jadi kat aku..
“aku nak kau jadi hipokrit la selama aku ada kat Indon ni”.
“Depan aku, aku taknak kau marah2 pakwe aku tu”


Dah tu dengan perangai dia yang blurr tu..Lambat buat decision..taknak terima pendapat orang..sape yang tak geram..aish..
Suka hati kau la ye..Kita lagi kenal pakwe ko..
(trick buat pasangan bergaduh ialah campur tangan dari kawan2 dia..)
Patut kita tak boleh campur hal gf/bf ni..haha..


Kadang2 harus memilih antara teman baik dan kekasih..

Monday, 4 May 2009

Manohara cantik sekali sih..

KErajaan sila la cepat menanggapi(menjawab ke, membidas ke, menolak ke..)kes putera kelantan dengan bini Indonesia dia tu..
Dah tak larat mahu jawab dengan orang sini la..Pasangan yang sama cantik sama padan ni dikatakan mengalami krisis rumahtangga..Sampai ibu pihak perempuan nak campur tangan..


Mulut orang terus berkata2, bertanya tu ini..Bukan setakat makcik2 gosip taman perumahan je,pergi pasar orang tanya,PErgi Indomaret orang tanya, pergi kelas orang tanya, pergi situ sini..ish..Mana la boleh nak tutup mulut orang..kalau mulut kita boleh la jugak tutup..

Adakah berdiam diri merupakan langkah terbaik?Selalu orang kata diam itu tandanya setuju...(masa anak dara nak kena pinang)

Atau adakah nak biarkan anjing menyalak kat bukit..bukit tak jadi apa2..
sampailah akhirnya anjing tersebut penat sendiri??emm..
ataukah kena ada student yang hantar surat layang kat Berita Harian lagi..??
surat layang mana orang suratkhabar layan..mesti kena letak nama dan alamat lengkap la) huhu..

Bila dah jadi barah baru mahu bertindak ke..
Ataupun siasatan sedang/masih dijalankan??
Atau mungkin tak ada apa2 hal..tapi dibesar2kan media sini?


Cepat le bagi statement apa2 pun..KAmi dah penat bagi statement sendiri..
Yang bisingnya kat sini je..
Kat tempat kita tenang..Bukan sibuk nak campur hal rumahtangga orang ye..Tapi carilah jalan perdamaian yang terbaik.Sebab ni melibatkan urusan dua negara sia..
Peace no war!!

*bukan aku kata pihak sini anjing ye..
sila baca dengan baik2..(kpd yang sudi membaca la)
peribahasa tu..

Sunday, 3 May 2009

kenapa mi maggi ni tak sedap pun

Hairan kenapa mee maggi tak sedap kalau makan kat sini..
Mee maggi hanya sedap kalau makan kat Malaysia je.
Kenapa ye..

Banyak lagi ni..Sapa nak ambik je..
Dah le berdarjat,naik flight Mas lagi tu.Buat berat luggage je..