Monday, 29 November 2010

Psychiatry-jiwa-mau pulang

Lama rasanya tak berpeluang mengupdate blog ni. Hmm..dah setahun lebih tak balik Malaysia..Diam tak diam tinggal 8 bulan je lagi clinical aku kat Indonesia ni nak habis..Kejap je rasanya baru kelmarin kena posting pediatric kat Purwakarta lepastu kulit kelamin kat Depok, sekarang ni Psychiatry kat Sukabumi pulak..Bila lagi nak dapat posting kat Jakarta..Rindu Jakarta!!!

Seronok sebenarnya dapat posting kat Sukabumi ni.Sejuk. Tak payah pakai kipas, apa lagi air cond..Beza betul dengan Jakarta yang panas je selalu, pengennya AC terus…
Kebetulan posting aku kat Sukabumi ni kat tempat orang sakit jiwa..Dan biasalah kalau kat tempat orang gila ni mesti terkenal orang kata doktor dan nurse pun sebenarnya gila..Mana taknya tiap2 hari melayan orang sakit jiwa..Memang kadang2 betul jugak..Nurse dan doktor ada jugak la yang suka marah tak jelas, emosi yang kadang2 tak sesuai keadaan dan tempat. Malah lebih teruk lagi kalau ada yang ambil pil sakit jiwa sebab tau diri sendiri ada tanda2 sakit jiwa..

Awal-awal masuk memang aku super cautious dengan orang sekeliling a.k.a nurse2 kat wad sakit jiwa ni. Biasalah awal2 masih baru dan malu2..Tapi memang orang yang pernah posting kat sini dah cakap suruh hati2 dengan orang2 tertentu. Memang kena jaga tingkah laku dan kena sopan santun yang super duper hebat. Katanya orang Sunda ni sensitif, jadi kita kena sopan dan tak boleh berkasar. Tak senyum pun kena marah apatah lagi tak tegur dan buat derkk..

Kebetulan aku masuk bersama budak junior yang baru posting 2-3 tempat, jadi kiranya aku lebih berpengalaman dan lebih tua la..maksudnya batch lebih dulu clinical. Semua benda aku boleh abaikan dan buat tak tahu, tapi adalah hal2 yang kadang2 aku tak boleh sabar. Awal2 lagi aku dah dikeji dengan seorang nurse di poliklinik jiwa..Sedap betul mulut dia cakap aku muka tua, badan tua, paling hodoh, muka pantat ayam..aduh sakit hati..rasanya aku pun nak masuk jadi patient jiwa jugak.

Aku senyum je dia cakap apa pun, kalau melawan pun tak ada guna jugak memang jenis lawan balik kaw2 lah. Mentang2 kitorang menumpang kat tempat orang tapi jangan la sedap mulut sampai tak ingat batas2..Kata nak suruh orang hormat..Sila belajar hormat orang dulu la baru orang nak boleh hormat kau. Cakap banyak tak guna harap je belajar kat pondok pesantren dan mengajar bakal2 ustaz..

Ha..mungkin betul aku agak tertekan kat sini..Aku stress!!
Seteruk2 posting aku yang sebelum ni..aku rasa ni lah posting yang paling menuntut emosi dan mental aku..Dah la aku tak berapa minat psychiatry ni. Nak pulak doktor dan nurse tak berapa suka Malaysian. Awal2 lagi warning kitorang jangan bawak kekerasan macam yang terjadi kat maid2 diorang kat Malaysia. Pastu cakap Malaysian suka main kasar. Apakejadahnya…
Tempat yang best pun kalau stress tak boleh menjamin kita rasa bahagia tinggal kat sini..Mau pulang…