Monday, 19 January 2009

Bule

Haha esok dah nak balik..tapi tak terasa pulak..
Nak balik patutnya gembira dan ceria..Adakah sedih sebab terpaksa meninggalkan Kochi dan Mumu di sini..Atau belum puas ber ‘shopping’ untuk keluarga..ntah tak pasti. This is unusual feeling yang akan wujud setiap kali nak balik..Aku kena menghadapinya dengan tenang..


Semalam sewaktu berada di sebuah kedai beli belah barang harian, aku ternampak satu pasangan wanita indonesia dan lelaki bule(mat salleh dengan sebutan bu=bulan, le=leka) sedang leka memilih periuk nasi..Kelihatannya seperti pasangan suami isteri..(anggapan aku kalau mesra macam tu, suami isteri kot, =P berfikir baik..)

Aku terfikir..kenapa, lelaki bule yang memilih perempuan asia, terutama asia tenggara, mesti akan pilih wanita yang berpakaian agak ranggi, manja, berwajah unik, kulit tidak cerah, kecil dan biasanya berambut hitam. Pokoknya, yang pada mata cantik wanita biasa seperti aku ni, unik la..(walaupun tak unik sebab ramai je muka macam tu)..Aku tak la besikap racist. Cuma ini menimbulkan sedikit tanda tanya. Jadi aku pun nak tahu la kenapa, kalau ada jawapannya la..

Ni hanya sebahagian besar yang aku nampak..Aku tau, ada je buat pilihan sepadan..Ramai je kat luar tu..Saja je aku gedik nak berperasaan macam2.
Boleh je jadi aku yang bias kepada bule2 ni. Asal bule je, kena dapat yang cantik, putih, comel..Padahal bule juga manusia..



Bila aku tanya Nur Shezwani Akmal binti Mohd Shariff, dia kata “Ntah la, ada la kot point charm kat minah tu”
Aku “Eyh?bagi contoh sikit..”
“Emm..sebab sex ke..sebab dia suka yang macam tu la”
Aku “oh jadi yang kecik dan tak berapa lawa tu yang power la..”
“Ntah, ye kot”
Aku “Adalah kelebihan dan kekurangannya ye..”



Mungkin aku melihat dari sudut berbeza. Tapi tu la cantik itu memang subjektif. Memilih pasangan pun berdasakan kriteria yang subjektif. Tak kisah la sebab manusia memang bervariasi. Aku tak bercakap pasal jodoh, sebab tu memang telah tertulis. Udah dari sono nya kayak gitu..

Saturday, 17 January 2009

Mencuba tag

Entry ni wujud sebab
1. Aku punya banyak masa sebab dah start cuti semester
2. Aku teringin nak merasai pengalaman layan benda ni..Dari Bapak Bean Moreno.Terima kasih.




1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Tulis 10 perkara mengenai org yg bagi award nie
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.


1.Bean ni kawan blog. Seorang lelaki.
2.Bean rajin menulis tentang apa saja.
3.Bean sudah bertunang dengan aweknya yang comel
4.Bean suka Mr Bean.Kat blog dia ada mamat tu. Aku ingat Bean suka Inul.
Lima. Blog Bean selalu ada clip video. Kartun, iklan, lagu memang selalu ada.
6.Bean suka bola. Dia peminat Liverpool.
7.Nama dia Abdullah Hafiz bin Hussin..Betul ke tak ntah..
8.Dia seorang yang peramah, happy dan mahu menjadi anak yang baik.Sebab dia dah nak kawin kot.
9.Oh ye bekerja sebagai PC specialist di Mutiara Damansara.
10. Rajin mengunjungi blog orang sebab nak orang melawat blog dia balik..Setiap pengunjung perlu dijaga hatinya, sebab setiap orang adalah duit..huhu..

Nah..terimalah 10 perkara tentang aku:

1. Aku seorang yang lebih memilih sikap berdiam diri dan penyabar, tetapi boleh je jadi kecoh bila2 masa. Tanpa diduga sama sekali. Aku bukan anti lelaki tapi aku kurang melayan lelaki di dunia nyata. Cakap yang perlu sudah..Ah, senang cakap aku tak sosial la..Aku menjaga batas2 pergaulan..

2. Makanan dan minuman yang aku boleh makan seharian dan sampai bulat perut adalah laksa penang dan soya. Tetapi tidak dalam masa yang bersamaan ye.

3. Aku suka memasak dan kalau masak, jangan tanya aku masak apa..Mula2 memang cakap nak masak ayam kunyit tapi ending...tadaaa...jadi ayam masak kicap. Aku memang suka melakukan improvisasi, dan menukar di saat2 akhir. Tak kisah...asalkan sedap.

4. Jealous tehadap orang yang boleh belajar sambil meniarap macam cik Nur Shezwani Akmal binti Mohd Shariff. Huhu..aku tak boleh, mesti tahan 2 minit je, lepastu terbang ke republik mimpi..

lima. Senang jatuh cinta dengan lelaki yang tengah baiki2 barang tak kisah handsome ke tak. Suka tengok diorang tengah khusyuk kot. Betulkan LCD kat kelas ke, betulkan aircond, betulkan radio..betulkan rambut...eh, tak termasuk yang ni.=P..

6. Junk food yang aku suka adalah kacang goreng. Yang best adalah cap Ngan Yin, menglembu, cap 2 kelinci dll..Haha aku makan kacang laju macam robot, memang tak ingat dunia .Tiba2 je dah habis sepeket (tapikan.. robot tak makan kacang)

7. Masa kecik2 suka makan bedak sejuk, batu2 kecil dan rumput2 di padang..Tak tahu kenapa.

8. Takut teramat sangat dengan pacat. Yang tengah hisap ok lagi, aku takut yang tengah bergerak2 tu..ni memang aku boleh menjerit dengan hebat. Mungkin aku kena menjalani terapi pacat dengan Dr Evalina.. doc, saya rasa saya mengalami masalah psikologi..

9. Pernah nak kena culik sebab lari dari sekolah masa darjah 1

10. Fitnah yang paling teruk adalah aku dikatakan memberi surat cinta kepada banduan. Padahal kawan aku yang bagi, aku pun tak tahu bila. Tak pasal2 bapak aku dan bapak kawan aku sekali kena panggil..Haish~~

Eh, banyak lagi aku nak tulis ni apesal 10 jer..adoi..


10 orang aku kena hantar ke?haha..ternyata aku tidak mempunyai ramai kawan blogger.Lifesaver,Wiseman, Hikayat, sub ngan aku pentoi ke..Aku nak suruh Mr Hafis tapi sure dia tak nak sebab tak nak cerita hal peribadi. Ok, sape2 yang free dan mahu sharing2 sajalah....

Dendang Perantau Part 2

Balik dari kantor imigesen Sarah mengadu lapar. Alamak aku dah le takde duit..haha....
“Tak pe lah, meh aku teman Sarah makan. Aku tak lapar lagi” (padahal bunyi perut tak bisa menipu..)
“Ala tak best la makan sorang..Sarah belanja nak?”
“Eh, takpe la, tapi dah takde duit pun, aku tunggu dapat passport ni la nak pergi ambik duit kat Western Union..Takpe macam ni je, Sarah bayar dulu, nanti aku bayar balik esok”(ternyata aku pandai berbasa-basi)
“Lah, tak payah la..Sarah memang nak belanja rose la..Sebab dah temankan pergi imigresen..Lagipun, gembira sebab dah habis exam..” (haha..kalau tak menyesal aku..)

Trik aku berkesan jugak ye..
(peringatan: Aku tidak berniat berpura2..aku memang tak lapar lagi, aku berperut kebal. Tapi siapa yang nak tolak rezeki..huhu)
Kami pun bertolak la ke kedai makan yang Sarah katakan best tu..Tak jauh pun Murtabak Har tu.

Aku order nasi minyak..
Best la kedai mamak ni. Rasa macam kat Malaysia je..
Nasi minyak dengan kari ayam memang la best. Walaupun harga mahal, tapi dah orang belanja aku makan je la..wah..
Dah le belanja aku makan, bungkus pulak lima keping roti canai kat orang rumah aku..Lepas tu 4 keping kat orang rumah dia pulak...wahh
Murah rezeki betul la..Alhamdulillah..Terima kasih..

Tapi memang best kari ayam dia..roti canai pun best..lembut dan tebal pulak tu..Teh tarik apatah lagi..wahahah..bahagianya..(tak sangka ambang bahagia aku begitu rendah..huhu).
Em tapi nak rasa Cane twister ayam (roti canai+ayam kot) ..habis pulak..Ye la, dah sore pun, kedai nak tutup dah..

Cane polos (roti canai) sekeping = Rp 6 000 +/-Rm 2.40
Kari ayam = Rp 13 000 +/- Rm lima ringgit dan dua puluh sen
Teh tarik hangat = Rp 6 000
Nasi minyak kari ayam = Rp 20 000 +/-Rm 8

Dendang Perantau Part 1

Alhamdulillah,
tamat sudah akhirnya semester ni..(yeah, dengan ujian yang berderet2 tanpa diberi study leave..wekk). Keluar je kelas, aku terasa satu beban yang besar dah tamat buat masa ni la..Lega, baru boleh pikir pasal nak packing barang2, passport, beli barang pesanan orang dll..

Habis ujian aku terus ke kantor imigrasi di Kemayoran. Nasib baik jalan tol tak macet, kalau tak..mau naik argo jadi berapa ribu ni. Macam air mengalir je dia bergerak...
Ceh bila minyak naik, cepat je diorang suruh naikkan harga tambang pengangkutan, tapi bila dah turun, masing2 diam je, nak kekalkan harga tambang yang sama.

Ish..itu pun SBY dok promote kat tv dan radio supaya pilihlah dia di pemilu (pemilihan umum) sebab dia dah turunkan harga minyak 3 kali..Apa gunanya kalau minyak turun 3 kali, tapi tiada kebaikan buat rakyat? Harga tambang, servis, sayur2 , ayam ikan, bahan sembako (sembilan bahan pokok), obat2tan dll tetap sama. Hmm..cuba befikir positif saja, mungkin pengekalan harga baru dapat menyemarakkan lagi industri tertentu..

Tapi aku rasa, ramai lagi masyarakat bawahan yang boleh diraih undi mereka jika bapak SBY bertegas menurunkan harga barang..kalau tidak banyak sedikit pun orang hargai kot..

Jadi bapak SBY aku cadangkan sila tukar iklan anda di radio2 dan tv2 supaya anda mendapatkan lebih ramai pengundi.
Bukan hanya undi dari mereka2 yang merasa diuntungkan sahaja.

Dah sistem macam ni, so pemimpin jadi robot rakyat. (Malaysia pun sama kot huhu..).
Bila tak dengar keluhan rakyat, terus nak gulingkan pemimpin huhu. Susah jadi pemimpin yang dipilih rakyat ni.. Haha sedikit komentar dari WNA (Warga negara asing)..

Teringat je kalau dulu masa mula2 minyak naik:
Aku:Kok harganya segini sih? Kemarin2 saya beli cuma Rp... aja.
Bapak jualan sayur/jual kain/pam basikal/baiki sepatu/ibu warteg-Yah, kan BBM (petrol) udah naik Neng, makanya semua juga pada naik..Udah ga dapet yang kayak kemarin2..Ga pulang modal ntar saya..(sambil buat muka kesian)

Bila aku cakap sekarang:
Aku: Kan BBM udah turun pak, kenapa harganya masih sama kayak kemarin?
Bapak teksi:Yah, itu kan cuman peringkat atasan aja. Dilapangan masih nga tuh..
Lain2:Mbak, pengertian dong, kita2 kan orang miskin..Kalau cuman BBM yang turun, yang lain2 nga turun, mau makan apa coba? Udah mbak jangan ngotot terus..
Lain2 lagi: Terdiam tak mahu komen apa2..



P/s-
1.Dari Bean Moreno.Terima kasih..
2.Huruf R aku dah boleh guna dengan tambahan sedikit tenaga . Tapi nombor lima memang dah terkena infeksi habuk..Pengotor ke aku ni?? Takpe nanti aku cari antibiotic.

Wednesday, 14 January 2009

huuf itu osak


Setiap oganisasi akan apuh tanpa adanya sokongan yang kuat daipada ahlinya.

Sebuah bangunan mudah untuh apabila hilangnya satu keping bata.

Kehilangan satu saja oang dalam sesebuah keluaga menyebabkan kehidupan menjadi tidak lagi ceia.

Sebuah ayat akan menjadi pelik bila hilangnya satu huuf..

Hanya satu huuf, membuatkan kaangan menjadi pincang, mengubah dunia menjadi belainan.

Huuf yang sebelumnya O,P,Q dan setelahnya S,T,U..Ini bukan kiaan lokus matematik atau fizik.

Satu huuf membawa seibu eti. Oh huuf itu..kenapa osak

Teima kasih-bunga fom Sub

Saturday, 10 January 2009

Si ikan belacak

Masa sekolah rendah dulu, cikgu pernah cerita pasal seorang pemuda yang menolong seekor ikan belacak.

Alkisahnya, pemuda tersebut terjumpa seekor ikan yang tersesat di daratan dalam keadaan tercungap2. Pemuda tersebut pun mengembalikan ikan tersebut ke dalam sungai sambil berkata
“Wahai ikan belacak, sebabkan aku dah tolong kau, kau doakanlah aku dapat 5A dalam UPSR nanti”

Akhirnya pemuda tersebut dapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya. Moral cerita ni, kita kenalah buat baik kepada haiwan lain, sebab dia akan berterima kasih dengan mendoakan kita..Pesan cikgu tersebut.



"ikan belacak tu apa cikgu?" Tanya seorang murid bernama mohd syawalil.."ikan belacak tu...bla..bla..

Malas aku nak sambung. Tapi tu la inti cerita ni..memang betul2 meninggalkan kesan kepada aku pada masa tu.

Aku sebagai murid yang patuh pun, berjanji takkan menyeksa haiwan lagi. Aku nak buat baik sebab aku nak banyak A. Kalau banyak A nanti ayah beli jam tangan, rollerblade dan skateboard yang baru. Yang ada dah buruk. Bila dah ada yang baru,yang buruk boleh bagi adik.

Dengan itu, aku berjanji takkan tangkap pepatung dan cucuk batang rumput dalam perut dia atau baling selipar kat sarang burung layang2, atau curi telur burung punai kat atas pokok. Atau tarik ekor rabbit yang uncle Sathia bela. Dan atau yang lain2..
Malah aku sanggup tolong lepaskan burung2 murai batu ayah yang ayah bela dalam sangkar cantik, buang semua ulat2 yang jadi makanan burung dan hidang ayam goreng yang mak baru masak kat kucing jiran.Aku minta diorang semua doa supaya aku berjaya dalam peperiksaan.

Memang akhirnya ujian akhir tahun darjah 4 aku cemerlang. Aku percaya ni hasil doa haiwan2 yang aku tolong tersebut. Dan aku dapat hadiah duit je. Ayah kata semua benda2 yang aku nak tu boleh pakai lagi. Kongsi je dengan adik.

Masa darjah 5 aku tanya cikgu kebenaran cerita tu. Ternyata cikgu cuma nak suruh anak murid dia jadi baik je. Dan cerita tu rekaan cikgu sebab sebelum masuk kelas waktu tu, cikgu nampak 2 orang budak lelaki tengah sepak2 kucing.

Jadi apa hubungan cerita masa silam aku dengan ujian yang aku tak boleh jawab tadi???
Ahh..tension...Adakah aku dah buat jahat kat Mumu dan Kochi??Ohh..tkde2..korang tetap tak boleh makan ayam goreng..Korang bukan karnivor!!


Mumu & Kochi

Friday, 9 January 2009

Kakak yang baik

Aku anak pertama, tapi aku suka nak tahu perasaan orang yang ada kakak dan abang.
Bukannya tak suka jadi yang pertama.Best apa. Semua benda, kita yang rasmikan. Baju2 masa kecik2 dulu mesti Kiko tak pun Kiki-lala(ke sama je?)..huhu branded la, sebab kewangan keluarga masih baik. Dan dah sah2 la anak pertama jadi kesayangan. Yang ditunggu2 oleh pasangan yang baru nak merasakan perasaan jadi mak ayah. Tu kalau wanted child la, aku tak merujuk kepada unwanted child.

Masa kecik aku tak kisah pun ada ke tak kakak atau abang ni. Tak signifikan sangat dalam kehidupan aku sebagai seorang kanak2 ceria. Mungkin masa tu pun, tak ada contoh kakak yang ayu atau abang yang protektif dalam persekitaran aku. Kawan2 boleh dikatakan hampir sebaya. Kalau ada, mesti aku akan kagum dengan sifat2 diorang yang itu. Agaknya la..

Tapi sepupu aku Anis, yang berumur 8 tahun pernah jelous kat adik aku sebab dia tak ada kakak.
“Ibu, KakYong nak kakak macam Kakyong Rose”.(sayu je bunyinya)
Tak tahulah kenapa, aku rasa dia jelous sebab aku rajin melayan adik aku kot. Especially bila aku balik Malaysia. Ye la, dia siapa la nak layan. Harap mak ayah, lain tu layanan dia. Atau, adakah sebab aku best, jadi dia rasa nak kakak macam aku, huhu tu aku tak tahu la.

“La, KakYong la jadi kakak, Kakak kepada adik Imran. KakYong Rose tu, kakak kepada Yana, Kak Lya dan Abang Aus. Kan sama tu. Dulu pun KakYong Rose macam tu jugak” jawab ibu Anis. Tak tahulah puaskan hati Anis atau tak sebab budak tu masih buat muka toya dia.

Kadang2 kesian jugak. Aku masa kecik takde perasaan tu, jadi aku tak berapa faham sangat. Hidup bahagia je dengan dunia sendiri.
Kalau ada pun kakak dan abang angkat masa sekolah rendah dulu je. Setakat bagi gula2 dan kirim salam je buat pe. (boleh tak nak perasan comel?)

Tu la pasal sekarang ni bila aku rasa nak bawak adik aku jalan2 ke atau nak manjakan adik aku, aku angkut jugak la diorang ramai2 main kat taman atau jalan mana2 la. Belanja aiskrim ke. Biar diorang rasa aku best. Eh, biar diorang rasa sekejap ada kakak nak melayan diorang..

Budak2 kan, kalau masa kecik kita buat baik kat dia, dia akan kenang apa yang kita buat. Untung2 dia ingat la kita bila besar nanti. Mana lah tahu kalau2 kita susah nanti, dia teringat kita pernah buat baik kat dia, mesti dia tolong..Tapi ni bukan la tujuan utama. Tujuan sampingan je. Tujuan utama adalah nak teruskan menambah good impression mereka terhadap aku..haha..

Atas:Anis

Bawah:Yana

Thursday, 8 January 2009

Mak vs kucing, aku pilih mak

Minggu ni, sibuk dengan pelbagai urusan, sampaikan aku terlupa nak bagi makan marmot2 kesayangan aku. Kesian Kochi dan Mumu, dilupakan.
Bila terfikir balik, aku tak pernah terniat pun nak pelihara budak berdua ni. Tak kenal pun spesies apa. Tiba2 terasa comel dan ingin membela. Tak pe lah sekurang2nya, aku pernah la ada pengalaman dalam ilmu bela membela haiwan.

Memang la aku suka kucing, tapi tak pernah dapat nak bela. Mak akan bagi bermacam alasan, tinggal rumah flat la, susah nak jaga la, berak merata2 la..
“Mak kita kan dah pindah rumah teres, boleh bela kucing tak?Kita buat la kandang, macam rumah ayam tu”
Tak boleh mak jawab. Kenapa?
“Pergi cipta ubat yang bila kucing makan, taik dia keluar tak bau busuk”
Aku terdiam. Kalau Ayong cipta, mak bagi bela ke?
Tak menjawab. Aku berlalu dengan hampa.

Jadi aku pun tak la bersemangat sangat nak mencipta ubat tersebut (macam senang je). Eleh, kalau dah cipta pun, memang la tak berbau, tapi siapa jugak yang susah nak cari mana2 yang tersembunyi tu? Tuhan memang dah ciptakan satu2 benda tu ada hikmahnya.huhu..

Aku dengan adik2 memang sepakat geli benda2 kotor ni, main kucing boleh la. Kalau bersih2 surrender awal. Cabut la apa lagi..suruh orang lain buat. Jadi nak tak nak mak la kena bersihkan.

Bahaya jugak ni, kalau kucing yang aku bela berak merata2 dan tidak berbau (sebab makan ubat tu) , habis la rumah aku penuh dengan feses2 mereka. Sebab mak aku pun tak tahu kat mana kucing tu dah melabur..(ye la, dah takde bau.apa nak kisah)

Tapi tu la, kalau mak aku janji boleh bela, mesti aku dah berjaya cipta ubat tu. aku akan jadi kaya la macam cerita kat tv (yang dia hilangkan sampah pakai spray tu).
Tapikan, instead of buat taik kucing tu sendiri tak berbau, macam mana kalau aku buat mak aku yang tak dapat bau..?
Kiranya mengganggu organ penciuman dia la (baca:organ penghidu). Hilangkan sensor bau terhadap taik kucing. Haha tak pasal pulak mak aku yang kena makan ubat sebab aku nak bela kucing. Wah, angan2 yang aneh di tengah malam pula..ngantuk..

Monday, 5 January 2009

Cinta hanya sementara

Hari ini memang mengejutkan, pagi2 dah menerima berita Coco mati kena gigit dengan anjing. Bonding antara budak rumah ni dengan Coco memang kuat. Terutamanya aku dengan Sheh. Kami macam kembar yang sukakan kucing. Kematian Coco adalah suatu benda yang tragis bagi kami berdua, walaupun kami bukan pemiliknya.

Terima kasih Faiz sebab selalu bawak Coco main kat rumah ni.. Betul kata orang, benda yang kita sayang selalunya cepat pergi meninggalkan kita. Memang Coco lebih manja dan pandai menarik hati orang berbanding kucing2 lain yang tak layan orang sangat. Sedih tapi can get over it, perlahan2. Daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. RIP yah Coco.

Petangnya, sekali lagi berita gempar, bila sheh baru tahu ayah dia kahwin lagi satu. Akhir bulan 10 lepas. Dan dia baru tahu sekarang. Ayah dia tak nak bagitahu sebab takut ganggu exam. Memang terkejut tapi aku tengok sheh dapat menerima dengan baik. Cuma mak dia asyik telefon. Dah tak tahan sangat tanggung sendiri. Pada saat ini, aku dan rakan2 menghabiskan masa menenangkan Sheh. Bila dengar mak sedih memang la kita pun sendiri akan sedih juga.

Sangat dilema bila mak sendiri mengajak ke arah melakukan benda syirik. Tak mungkin memenuhi permintaan mak yang menyuruh anaknya mengingkari Tuhan.

Memang Indonesia ramai bomoh2 yang hebat, tapi bukan senang juga nak cari. Dan kami perempuan, perkara ini sangat berisiko. Lagipun masing2 sibuk dengan ujian. Ratapan seorang ibu yang sudah hilang kawalan membuatkan sheh tak tega. Kami rakan2 sedaya upaya memujuk agak sheh tak terperangkap sama dalam permainan emosi mak dia. Sheh sebagai orang yang boleh berfikir rasional seharusnya menguasai mak dia yang dah hilang panduan.

Mak dia mula hilang kawalan lepas bermacam cara dilakukan seperti solat hajat, berdoa, air penawar dll, tapi semua tak menjadi. Jadi dah tak percaya kepada semua tu lagi. Maka jalan singkat untuk mendapatkan suaminya kembali adalah dengan memakai bomoh. Dan anak menjadi orang harapan untuk mencari bomoh tersebut. Sebab bomoh kat Indon power ke?Bukan kat Siam pun ada bomoh ke?

Kemana hilang akal waras mak yang selama ini yang sentiasa rasional, yang selalu mengutamakan pelajaran anaknya sehinggakan sanggup menggangu emosi anak tersebut di kala ujian? Sebaik2 wanita ini sanggup melakukan hal seperti ini hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki bernama suami yang menduakan cinta tulus dari dirinya.

Entahlah, diri sendiri berkata itu ini, tapi macam mana kalau kita yang mengalami? Adakah akal yang berbicara ataukah emosi yang mendahului?
Ujian wanita ini begini, ujian kita entah macam mana. Sekarang kita gembira, bersyukurlah. Bukan semua benda yang kita nak boleh dapat. Selama ini mungkin kita hidup bahagia, adakah hanya sebab satu ujian berat datang melanda, kita mula hilang dan jauh dariNya? Harapannya tidaklah begitu.

Jom puasa sunat..

Salam..Aku nak mengajak orang puasa ni. Kepada sesiapa yang boleh puasa,
jom puasa 9 n 10 Muharram ni.

Kenapa nak puasa tarikh ni?
Huhu..penting untuk tahu, supaya kita tak jadi umat Islam ikut-ikutan sahaja. Ustaz cakap haram, kita tak tanya dari mana dalil kata haram.. Ustaz cakap puasa main puasa je. Puasa kenapa takut nak tanya..Haha..ni yang nak kasi tahu ni.

1. Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”.
(Muttafaqun ‘Alaihi).

2. Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab,
“(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(HR. Muslim)

3. Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

Jadi bila dah tahu, taklah teragak2 lagi niat kita puasa. Menghidupkan sunnah. Marilah puasa sunat yang diamalkan oleh Rasul kita sendiri. Siapa lagi yang kita nak ambil contoh kalau bukan nabi kita sendiri.

Sunday, 4 January 2009

Alahai..

Kurang 15 hari lagi akan menjejakkan kaki ke Malaysia.Huhu..
Enab yang rajin dah tampalkan countdown tarikh balik, dan sekalian jadual exam la..Huhu..
Aku akhirnya mengalah pasal hal keuangan. Minggu lepas ayah telefon tanya cukup tak duit ni..Cukup ayah, InsyaAllah..jangan la risau..Boleh lepas punya sampai balik nanti..Aku jawab dengan yakinnya.

Tapi baru je beberapa hari lepas aku sms nak mintak duit. Sebabnya dah terlebih budget. Satu sebab duit untuk bayaran Entry Reentry permit dah naik. Dua, sebab banyak benda nak fotokopi.Tahu-tahu je lah, nak dekat exam, tiba2 je, keluarlah semua nota2 orang dan soalan2 lepas yang baru di ‘discover’. Dan ketiga, sebab cuti, jadi kami makan banyak..Huhu..Aku yang uruskan duit rumah beli beras, minyak, gula dll..Memang cepat habis barang2 masa cuti ni. Semua rajin masak.

Duit yang kami kumpul sebenarnya dah habis lama dah, aku la yang dulukan duit aku selama ni. Bukan mengungkit. Nak jelaskan je tanggungjawab aku. Itu la agaknya sebab Fadzi surrender uruskan duit rumah, pening duit bercampur2.

Sebenarnya aku dah mintak banyak kali dah, mungkin sebab sebelum cuti dah mintak, ni mintak lagi..Mungkin diorang terlupa ke, sebab masa nak bayar tak ada duit kecil. Aku berfikir positif saja .Em, atau mungkin aku kena pergi ketuk depan pintu macam ceti.Haha..

Kalau tak terdesak duit, memang aku kutip duit semester depan je. Rasanya sebab hujung bulan la tu yang diorang takde duit tu. Takpe la, sekali sekala..Biar lambat asal bayar. Aku masih boleh hidup lagi.

Sebab segan nak mintak duit kat ayah ni, aku bagi la alasan aku sekarang makan banyak. Sebab selera makan bertambah masa cuti ni. Duit banyak habis beli makanan.
Ayah pun takkan la taknak bagi kan, sebab tahu anak tengah happy nak makan. Aku gunakan ayat tu sebab tak nak la bagi mak ayah risau. Kalau kata aku makan biskut je, risau pulak diorang..

Ayah pulak cakap haa, elokla tu, bila cuti makan tidur banyak2, balik Malaysia nanti badan tu sedembun lagi. =P
Esoknya ayah bagitahu duit dah dimasukkan via Western Union. Tetapi malangnya passport telah dihantar ke pejabat imigrasi untuk urusan pulang. Nak ambil duit dekat WU ni dia nak passport la pulak. Padahal dapat balik passport lagi 2 minggu. Tahniah la kepada aku sebab kurang cerdik..

Friday, 2 January 2009

Panas..

Hari yang panas..Bila panas, hati pun tak tenang. Buat apa pun tak bahagia. Nak bukak buku pun tak ada mood. Memang alasan yang tepat untuk malas belajar.huhu..
Bila panas macam ni, rasa nak mandi tiap jam, rasa nak berendam, rasa nak makan ais krim.
Ais krim milo..
Nak on aircond, tak de remote pulak.
Ye la sebab memang takde aircond pun rumah ni. Adoi..Tuan rumah taknak pasang, sayang rumah,takut berlubang2. Takpe, fikir positif saja, mungkin dengan ini dapat membantu mengurangkan efek global warming kot. Walaupun terpanggang dalam bilik yang tak bertingkap ini, aku terima seadanya..Bersyukurlah ada kipas meja sekurang2nya.

Dekat luar memang panas terik, agaknya dah nak masuk musim panas. Tapi kadang2 masih ada lagi hujan lebat. Mungkin musim hujan yang dah nak sampai penghujungnya.

Yang menambah ‘kepanasan’ lagi, ada orang drill rumah. Betul2 kat depan rumah ni. Ala, rumah depan yang ada hantu ni...Diorang ni baru pindah. Ramai jugak, 7-8 orang lelaki. Sekarang kitorang kena le berjaga2 sikit, dah ada lelaki depan rumah. Diorang ni kerja buat kuih boom yang besar2 tu, untuk pesanan dan hantar di kantin2. Rumah ni ada anjing besar berlidah biru dan dua anjing kecik garang yang berbulu kambing (Pernah mengejar budak rumah aku,nakal ye)

Pagi2 dah drill rumah. Bagus betul, semangat bekerja ni.

Dan pagi2 jugak telinga aku menerima rangsangan bunyi yang berkekuatan lebih dari 80 Desible..boleh rosak organ Corti aku. Ah, lebih dengki lagi melihat rumah diorang ada aircond..huhu..mau..

Emm betul dah panas sangat ni..panas+geram..hosh hosh..

Malam tahun baru

Malam tahun baru semalam, aku dengan budak2 rumah terkejut sangat dengar bunyi mercun berdentum kuat depan rumah. Awal sangat kalee..

Ye lah tahu la korang nak sambut tahun baru, tapi takkan lepas Isyak dah nak main mercun bam bam boom..Lagipun, membazir je.Main tengah2 malam tu sudah la.

Aku tahu Indonesia ni besar, mungkin korang sambut tahun baru ikut Waktu Indonesia Timur ke, tapi taklah seawal itu kot. Paling2 awal pun, 2 jam sebelum waktu Jakarta la. Kesian Jojo, menangis je.Terkejut agaknya budak tu.

Malam tahun baru ni, boleh dikatakan banyak cerita menarik la dekat TV. Kalau tak, TransTV,SCTV dll tu asyik mengulang cerita yang sama je. Konon pertama kali di layar kaca la..Ye la sangat tu.
Rasanya kalau cerita tu tak ulang 5-6 kali dalam setahun macam tak sah je. Paling-paling sebulan ulang 2 kali. Jadi tak kisahlah kalau terlepas cerita menarik ke, sebab mesti akan ulang lagi.

Ada Harry Potter kat TV. Tengok Harry Potter la sebab budak2 ni nak tengok sangat. TV lain pulak ada cerita hantu. Selang2 la tukar channel bila iklan. Cerita hantu ni banyak scene mengejutkan dari scene takut. Jadi ramai2 tengok ni, kira menarik la. Jerit sama2, lepastu gelak2 cover. Lepastu cakap bodohla cerita ni, tapi tengok jugak..huhu..

Tengah berdebar2nya tengok cerita hantu, terdengarlah dentam dentum bunyi mercun dari pelbagai arah, la dah jam 12 rupanya. Serentak budak2 ni jerit Happy New Year..

Lepastu semua lari keluar rumah, dah tak ingat TV dah, masing2 tak sabar sebab nak tengok bunga api dari depan padang masjid. Tinggal lah aku sorang depan TV. Cerita tengah nak klimaks, mana boleh lari..Aku rasa tak mungkin la hantu nak keluar masa ni.

Dan, ternyata..hantu tersebut memang bijak, ambil kesempatan muncul depan TV masa aku tinggal sorang2 atas sofa. Terkejut jugak la aku depan TV tu..
Terjerit sorang2..waa..
Nasib tak kejang kat situ jugak.
Nak kongsi ketakutan, semua orang dah keluar pulak..
Aku pun kelam kabut mencari romote control TV yang tak jumpa2. Last2 aku tutup je TV tu..
Hantu jahat..