Saturday, 28 March 2009

Takziah..

Takziah diucapkan kepada warga Situ Gintung yang kehilangan ahli keluarga akibat pecahnya empangan tersebut pada hari Jumaat lepas.
Sesungguhnya kepedihan akibat kehilangan orang yang tersayang masih menyelubungi namun sebagai manusia biasa, kita harus redha dengan ketentuanNya.

Pada dini hari jumaat lepas, telah terjadinya satu lagi bencana alam yang menggemparkan seluruh warga republik ini.
Sebuah banjir yang diibaratkan sebagai tsunami kecil telah melanda daerah Tangerang atau lebih tepatnya lagi di penempatan Situ Gintung.



Banjir dikatakan berpunca daripada pecahnya tanggul (empangan) sehingga air akhirnya menghempas rumah2 penduduk dan menghanyutkan barang2 rumah, haiwan, kanak2, orang tua, kereta dan menerbalikkan bas di univesiti berdekatan. Sehingga kini hampir 60+ mayat telah ditemui manakala beratus2 lagi dilaporkan masih hilang.

Empangan buatan Belanda itu roboh kerana kuatnya tekanan air akibat hujan yang tidak henti2 turun sejak petang khamis lepas. Dilaporkan warga sekitar sedar air mula naik dan mereka sibuk menyelamatkan harta benda sehingga tidak menyedari gelombang air yang lebih besar menanti setelah empangan tersebut runtuh sepenuhnya..



Lebih malang lagi bagi mereka yang duduk agak jauh dari empangan yang tidak menyedari kejadian runtuhnya empang tersebut. Mungkin terkejut dengan bencana yang terjadi sewaktu sedang enak dibuai mimpi.

Hari ini masih seperti biasa, esoknya kehilangan orang tersayang.
Yang berharap masih bernafas dan bekerja, esoknya ternyata tidak lagi bernyawa.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini..sebab esok masih belum pasti..

p/s - InsyaAllah wakil universitas akan turun ke sana Selasa ni bagi membantu mangsa.
-Sekali lagi rumah Allah terpelihara. Maha suci Allah..



http://indonesiafirst.com/al-barkah-mosque-situ-gintung-tragedy/
http://mampir.net/2009/03/27/situ-gintung-tragedy-pictures-and-videos-situ-gintung-lokasi-wisata-yang-jadi-tragedi-korban-jiwa-40-orang/

Friday, 27 March 2009

PMS

PreMenstrual Syndrome(PMS).

Ye.Sebahagian wanita boleh menjadi resah, cepat marah, sensitif dan lain-lain lagi perasaan negatif yang pada umumnya tak menarik (jika ia terjadi..)
Bukan saja tak menarik di mata boyfriend, kawan2 atau teman serumah, tetapi kadang2 tak menarik juga pada diri sendiri. Ingat best ke asyik marah je. Lepastu rasa bersalah,lepas tu emo tak tentu pasal..haish..



Dalam hidup ni memang ada pasang surutnya, kadang2 kitalah makhluk paling ayu, paling comel, paling sopan santun, paling cute da boom dan lain2...Tapi ada masanya makhluk paling seksi ni, (hoho) boleh bertukar menjadi makhluk paling ganas, paling sadis, paling durjana, paling bitchy (hoho lagi sekali)..dan paling kejam..

Namun bagi lelaki yang belum pernah terjun dalam dunia kewanitaan ni tak perlu risau,(bukan dunia maknyah ye)

bukan semua wanita..aku ulang..
bukan semua wanita menunjukkan ciri2 yang tak menarik ni setiap kali menjelang PMS.
Kebanyakan wanita memang tak sedar perbuatan dan perubahan ni tapi kebanyakannya terkontrol. (Yeay..)



Keadaan turun naik hormon memang selalu terjadi tapi jangan jadikan hukum alam yang satu ini sebagai alasan untuk berbuat sesuka hati. Marah adik, marah boyfriend, bengang sana emo sini..

Sebaiknya wanita muslim selalu beristighfar..banyakkan berzikir dan ingat Tuhan. Memang waktu2 macam ni la setan kepala tanduk dua selalu mengacau..Memecahbelahkan persaudaraan dan persahabatan sesama Islam.Wallahualam..

Tuesday, 24 March 2009

ahh..virus

Virus conficker menyerang dunia. 250 000 USD ditawarkan kepada sesiapa yang dapat menangkap pembuat virus tersebut.
Seberapa parahkah virus ni sampai Amerika sanggup menawarkan wang sebanyak itu?

Kira licik jugak la. Conficker bekerja dengan cara menonaktifkan sistem antivirus. Dengan modus operandi seperti ini membuat Conficker seperti menjadi pembuka kunci kepada pintu masuknya virus-virus lain. (Macam dalam cerita stargate je). Conficker ibarat mastermind yang dengan mudahnya mencuci tangan selepas melakukan kejahatan.(woaa..)


Dalam bidang perubatan pun ada je virus macam ni. HIV tu, lebih kurang macam Conficker la. Menurunkan sistem imun manusia sampaikan virus selsema biasa yang menyerang pun dapat mematikan orang tu. Dan kenyataannya pun memang orang yang terkena HIV bukan mati sebab HIV tesebut, tapi sebab diserang selsema, demam, jangkitan biasa sehingga menjadi parah. Padahal kalau selsema biasa ni, berapa hari je sembuh kalau sistem imun kuat.

Oh, sebenarnya agak cuak juga, kalaulah En Fujitsu aku ni terkena..apa yang kena buat? Takkan nak mengendeng2 kat boys nak mintak tolong. Kenapa orang lelaki lebih terror pasal teknikal2 n komputer ni...haish..

Friday, 20 March 2009

sibuk betul

dah lama tak sibuk macam ni..haha..
tu la rindu sangat nak buat reseach macam zaman-zaman intec dulu, ambil kau, rasalah sibuk dan stess sampai tak lalu nak makan.
yang tak bestnya part akhir kena present la..dah la Prof Corrie ni cerewet gila..tergagap-gagap n seram jugak la..



Sebenarnya Occupational Health ni tak le susah..ececeh..tapi yang buat susah nak kena meet standard lecturer la..
Ada orang kata semakin tinggi orang tu belajar (lecturer la),
semakin cerewet dia kat hasil kerja orang lain(student yang menjadi mangsa). Ye la, mungkin tak sanggup tengok orang buat kerja cincai..



Owh baiklah Prof Corrie, walaupun kau cerewet dan garang orangnya , walaupun kata-kata kau menghiris kalbu, walaupun kau selalu keluar tv dan dimaki-maki,
tapi aku tahu kekuranganmu..hahha.macam jahat pulak..

Aku takkan kalah dengan sinaran matamu..sebab aku tau aku tak buat salah..Maksudnya aku kena la buat yang terbaik..Prepare habis-habisan..jangan kasi dia mencelah sikit pun..
Dah la mengarut!!! sila buat kerja sekarang..jangan membebel..arkhh..rasanya macam tercabut skru somewhere je..