Monday, 2 March 2009

roda-roda kehidupan

Ah..akhirnya semester baru bermula lagi. Ada rasa sedikit selesa setelah pulang ke Indonesia. Ye la dah berapa tahun duduk sini. Rasa macam balik rumah sendiri la. Balik Malaysia tu balik rumah mak ayah huhu..

Tak sangka balik kali ni aku begitu rindu dan tak sabar-sabar nak makan soto ayam, nasi padang, masakan warteg ibu..ish2 tah apa la yang diorang bubuh kat dalam makanan aku..(tak baik la tuduh2..)

Em..balik Malaysia macam2 hal berlaku. Nampaknya politik Malaysia semakin kalut lagi melalut. Rakyat semakin tertekan(ye ke?tengok ramai je yang hepi2),
ekonomi semakin sakit, syarikat banyak tutup, pekerja asing makin tak keruan, azizah mahzan makin seksi.(takde kena mengena kot).







Malas dah nak cerita tu semua. Dah penat kerut2 kening dok cerita hal-hal yang berlaku kat Malaysia sejak balik sini. Dua tiga hari ni mana2 jumpa budak Malaysia semua nak cerita benda sama je..Semua nak tegakkan pendapat masing2. Kalau boleh settlekan masalah takpe la, ni cuma nak tambah kerut kat dahi baik tak payah. Bukak buku lagi baik.(bukak buku komik)..

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya dan setiap masalah yang menimpa mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak dapat tahan. Tu janji Allah. So apa2 yang kita alami dan rasa berat sangat tak boleh tahan, just ingatlah ni..

Semuanya akan berakhir, tapi bila? Tah le kita sendiri pun tak tahu. Bila semua kesusahan berakhir, kita akan merasa manisnya. Yang paling penting buat keputusan yang tepat dan cepat..

3 comments:

Anonymous said...

Org indon sana marah lagi tak pasal batik dan lagu rasa sayang?

hikayat aku dan mereka said...

windu entry kamu!

Anonymous said...

hidemomichi-buat masa ni tak ada berita lagi dah la. diorang geram sebab kan hari tu malaysia promote visit malaysia n msia truly asia.pasal iklan tu dah takde so diorang tak bising lagi.

hikayat-huhu..baru pulang dan dalam busy mood lagi.


p/s-->
Tapi pembantu indonesia yang serang majikan ngn lesung batu n perompak yang kena tembak ngn polis mesia tak keluar berita sini pun.
nanti kot keluar.