Friday, 5 February 2010

Jogja...i love it!!

Hampir sebulan di Jogja untuk stase mata, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setakat ni kehidupan sangat santai, mengembirakan dan banyak makan. Dah rasa macam student dietary atau org indonesia kata wisata kuliner..
Sebaik menjejakkan kaki di bandara Adisutjipto kami dah bertekad nak menghayati stase mata kali ni. Orang kata lawatan sambil belajar la. Kebetulan stase minor, jadi taklah sesibuk macam stase lepas. Dan bebasnya kami dari stase mayor membuatkan perasaan malas menebal dalam diri. Mana taknya kalau dulu setiap orang kena follow up pasien 3-4 orang satu hari. Campur2 satu wad, ada la dalam 20 orang. Tu belum campur pasien oncall dan outpatient.




Tu dulu..masa sibuk. Sekarang ni rilek sikit. Kalau kat sini pasien yang datang 15 orang je kat poliklinik. Maximum 19 orang pagi tadi. Habis je pasien kira-kira jam 11-12 dah boleh balik rumah. Tak payah jaga wad. Memang banyak masa untuk belajar bermain-main. Keadaan memang tenang di Rumah Sakit Yap ni, dengan keadaan hospital yang damai, persekitaran yang cantik dipenuhi pokok2 merimbun dan ditambah pula dengan uniknya banggunan hospital hasil tinggalan zaman Belanda. Selain itu kelebihannya, orang jawa memang ramah2 dan baik kepada orang luar. Terutamanya bila tengok mahasiswa yang bertudung macam kami, confirm baik lah..

Dokter spesialis, residen dan perawat semuanya baik-baik dan rajin melayan kami dokter muda walaupun kadang2 bila ditanya blur tak tau nak jawab apa. Pengalaman hari pertama di ruangan poliklinik mestilah masalah bahasa..Pasien sakit mata kebanyakannya nenek dan kakek2 tua yang kebanyakannya kami tak faham pun kalau diorang cakap bahasa Indonesia. Nak tak nak kenalah perawat yang kat poli tu bukak kelas bahasa Jawa pulak setiap kali kami ada kat situ..

Yang menarik kat Jogja ni banyak tempat menarik boleh dilawati. Dari candi2 yang melambak2 di mana-mana saja, Malioboro untuk batik2 dan kraftangan, Keraton( istana tinggalan Raja2), Parangtritis yang terkenal dengan Ratu Laut Selatan (Nyi Roro Kidul), banggunan bersejarah tinggalan Belanda, taman pintar, taman sari, tempat jual barangan perak dan syurga makanan seperti gudeg, pecel, bakpia, warung lesehan dll. Kami tak sempat nak pergi semua tempat tu kali ni.takpelah aku pun dah pernah datang dah dulu kira dah jejakkan kaki la kat tempat2 tu..huhuhu..
p/s- Dari tingkap bilik boleh nampak gunung Merapi berasap2..Indahnya ciptaan Allah..

No comments: