Friday, 25 March 2011

Sakit itu nikmat

Salam.
Kesibukan yang melanda seperti biasa membuat aku lupa kadang2 badan juga memerlukan rehat. Sakit tu nikmat yang Allah bagi supaya kita sedar dari kesibukan dan segala macam aktiviti yang boleh buat badan kita lemah, sakit, penat yang akhirnya lalai nak beribadat.

Sepanjang hamper 2 bulan ½ aku kat posting obgyn ni dah 3 kali sakit..mula2 sakit telinga, lepastu sakit kulit, ni demam pulak..Nak kata tak mengganggu kehidupan aku tipu la…telinga aku pekak sebelah kot, patient cakap apa pun aku tak dengar jelas, kulit pulak assyik dok menggaru2 dah sama macam yang kat atas pokok tu (monyet). Demam pulak buat aku sampai terbaring kat katil patient..Huhu, belum cakap lagi pasal duit dah sah2 mengalir je..mana taknyer semuanya perlu penanganan pakar..pakar telinga pakar kulit..
Duit scholar sebulan habis 75% jugak la..

Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan doa mak ayah serta bantuan rakan2 yang baik hati memandi dan mengkafan mamandikan aku ngn air hangat dan menjaga makan pakai aku..kini aku kembali sihat..
Kembali untuk meneruskan kehidupan yang sibuk tu..

Jaga la kesihatan selagi masih mampu…Kita hanya manusia yang merancang, Allah jugak yang menentukan

No comments: