Saturday, 14 March 2009

143 day

hari 143?
ape tu?rupa-rupanya hari i love you.baru tahu je tadi.Pelik kenapa petang tadi dekat ym list banyak orang wish happy 143 day..

Aku tak pernah dengar pun masa sekolah2 dulu..
tapi kalau tanya budak sekolah perempuan yang 'top2' mesti diorang tahu.
Kata Fadzi, siap ada bagi-bagi hadiah lagi..

Aku kurang tahu sikit benda-benda i lap u, u lap me ni..
Tapi 143 day ni kira universal la, nak wish kat sesiapa pun boleh. Bukan kat boyfriend saja, kat kawan perempuan, kat mak ayah, kat semua orang la..

Sebenarnya tak kisah la hari apa pun kalau dah sayang tu, tiap-tiap hari pun sayang tu tak berubah..Hari ayah la, ibu la, friendship day la..Semua hari-hari yang menceriakan lagi hidup kita..asal tak menyalahi akidah sudah..huhu



So happy 143 day.

Tuesday, 10 March 2009

Orang miskin dilarang sakit

“Orang miskin dilarang sakit”.
Di sini popular dengan ungkapan seperti ini. Dimana rakyat tidak mampu mengeluarkan biaya yang banyak bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Mungkin ada benarnya dan mungkin juga tidak.

Aku tengok banyak je klinik2 yang menyediakan biaya yang murah..Mungkin bagi mereka murah itu, tidak berkualiti. Di mana idea ini didapat kurang diketahui, daripada pengalaman dan testimoni orang kot. Maka ramailah orang miskin yang kelihatan sihat dan tegap,menahan diri daripada sakit sedangkan ramai pula orang kaya yang sering ulang alik ke Malaysia atau Singapura bagi mendapat rawatan.

Melihat kepada beberapa kes kawan2 yang sakit (cabut gigi, demam denggi, gastrik, pembedahan appendik mahupun demam2 biasa) memang jumlah duit yang harus dikeluarkan banyak sekali. Memang bukan calang2 orang yang boleh sakit. Boleh kaya raya kalau jadi doktor ni. Padanlah ramai ibu bapa menghantar anak di kolej supaya menjadi doktor.
Apepun kalau jumlah yang dikeluarkan mampu menghilangkan kesakitan dan pekhidmatannya baik pula, itu melebihi segala-galanya. Duit boleh dicari bak kata mak Nur Shezwani Akmal.Tak kisah la asal hilang sakit gigi anaknya.



p/s-rm 200 untuk cabut sebuah gigi molar atas. Ok ke tak?

Thursday, 5 March 2009

demam la

Hari ni tak berapa sihat. Aku terperuk kat bilik je berehat.
Demam dan selsema. Syukur mekanisme pertahanan badan aku masih bekerja dengan baik lagi. Selamat berperang. Berjuang la sehingga keadaan kembali tenang dan anasir-anasir jahat dapat ditumpaskan. Aku akan menolong kalian dengan memakan makanan yang baik dan berehat secukupnya!!!

Semalam kena bangun basah2kan badan sebab panas sangat sampai berdengung telinga.(uh, kalau kat rumah mesti mak yang letakkan tuala kat dahi..)
Baiklah mak Ayong dah makan ubat pun..Esok lusa InsyaAllah sembuh..
-Ada kuiz opht esok..wawa..<(x0x)>

Monday, 2 March 2009

roda-roda kehidupan

Ah..akhirnya semester baru bermula lagi. Ada rasa sedikit selesa setelah pulang ke Indonesia. Ye la dah berapa tahun duduk sini. Rasa macam balik rumah sendiri la. Balik Malaysia tu balik rumah mak ayah huhu..

Tak sangka balik kali ni aku begitu rindu dan tak sabar-sabar nak makan soto ayam, nasi padang, masakan warteg ibu..ish2 tah apa la yang diorang bubuh kat dalam makanan aku..(tak baik la tuduh2..)

Em..balik Malaysia macam2 hal berlaku. Nampaknya politik Malaysia semakin kalut lagi melalut. Rakyat semakin tertekan(ye ke?tengok ramai je yang hepi2),
ekonomi semakin sakit, syarikat banyak tutup, pekerja asing makin tak keruan, azizah mahzan makin seksi.(takde kena mengena kot).







Malas dah nak cerita tu semua. Dah penat kerut2 kening dok cerita hal-hal yang berlaku kat Malaysia sejak balik sini. Dua tiga hari ni mana2 jumpa budak Malaysia semua nak cerita benda sama je..Semua nak tegakkan pendapat masing2. Kalau boleh settlekan masalah takpe la, ni cuma nak tambah kerut kat dahi baik tak payah. Bukak buku lagi baik.(bukak buku komik)..

Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya dan setiap masalah yang menimpa mesti ada hikmah di sebaliknya. Allah takkan uji kita dengan ujian yang kita tak dapat tahan. Tu janji Allah. So apa2 yang kita alami dan rasa berat sangat tak boleh tahan, just ingatlah ni..

Semuanya akan berakhir, tapi bila? Tah le kita sendiri pun tak tahu. Bila semua kesusahan berakhir, kita akan merasa manisnya. Yang paling penting buat keputusan yang tepat dan cepat..