Thursday, 30 April 2009

Hidup sihat tanpa stress!!

Ceh,tajuk macam kempen apa je..huhu..
Sangat sibuk la sekarang ni..Banyak terikat dengan hal2 duniawi yang menyita banyak waktu..Sampai pedih2 mata dan otak berfikir untuk membuat yang terbaik. Biasala, nama pun student. Tak student la namanya kalau tak sibuk.Hohoh..

Kesibukan hal dunia ni kadang kala buat kita leka dan penat.
Sibuk sana sibuk sini..Semua benda kita nak cekau.
Jadi bila ada masa rehat tu, dalam otak fikir nak joli je la..
Joli apa..joli ikut sedap masing2 la..
Ok, mungkin tak guna ayat joli(sebenarnya jolly.bukan m.rajoli)tapi orang kita panggil rilek2/release tension.
aku pulak suka nak bagi nama "dos untuk mencapai kebahagiaan"..
dah macam injek ubat pulak ada dos2 ni..

Kalau kawan aku macam2 la dos dia..
Ada yang menonton drama jepun-korea berepisod2 sampai lupa makan (nasib la tak lupa solat:P)
Ada juga yang rajin nak mengemas bilik, Ada yang jalan2 ke rumah kawan lain..
Ada yang mendapatkan dos internet dari petang sampai malam. melayan laman web gosip dan membaca komen2 orang dari nombor 1-499 komen..
Ada yang pergi shopping lepas tu muka berseri2 je lepas dapat barang yang best..
Macam2 lagi la..
Aku rasa semua orang ada dos happy masing2..Main bola ke,keluar dengan kawan2 dan family.Kalau yang dah kawin tu layan anak2 dan pasangan masing2..

Bila dah buat benda2 yang kita suka ni biasanya kita akan lebih tenang dan mood pun menjadi lebih baik..Sebenarnya baik untuk kesihatan juga, dapat menghilangkan stress..
Bila jiwa tenang, kita akan sentiasa dapat berfikir normal dan rasional. Jadi bila nak mula kerja balik, akan lebih bersemangat la..
MAklumla,dunia sekarang makin stress dengan macam2 tekanan kerja, belajar, duit, persekitaran,lambat kahwin?? dll..

Ramai orang semakin tak dapat menerima kenyataan dan sering kecewa sehingga akhirnya memakan diri..
MAcam2 penyakit mula datang..hipertensi,stroke, gangguan mental,sakit kepala,marah2..Macam mana la dunia nak tenang..

KAlau nak lagi tenang,banyakkan la amal ibadah..Ye la..takkan badan dan fikiran je nak mantap..rohani kena le mantap juga..
perbaiki dan tambah ilmu untuk bekalan akhirat..
Bila ada masa lapang dengar kuliah2 agama..banyak2kan mengaji, bangun malam..(bangun solat la dah alang2 tengok bola)..

Ini cuma pesanan khidmat masyarakat. Lakukan yang terbaik untuk diri kita..Elakkan stress, jaga solat, makan yang sihat, exercise yang teratur, tidur yang cukup, kerja yang terbaik dan jangan lupa dapatkan dos kebahagiaan anda..

Wednesday, 29 April 2009

Sedapnya..

Terkejut tiba2 balik kelas tadi, bibik2 dari rumah sebelah tengah bercamping main masak2 kat rumah kitorang..
Rupa2 nya dekat rumah sana, diorang tak boleh nak masak. Satu hal family tu baru dua tiga minggu ni makan babi. Lepas tu baru2 ni isteri tuan rumah (Ibu silvia) demam denggi. So saudara mara dia datang bawak daging anjing. Tak tahu la mana punya petua dia ambik.
Paling familiar yang aku dengar pun, kalau demam denggi orang sini kata buat sup ketam..Kalau daging anjing ni belum pernah dengar lagi la..Ni first time.

Keluarga isteri tuan rumah ni asalnya dari Medan. Pernah tengok kat tv, orang medan ni ada daerah2 tertentu kat pasar dia jual daging kucing, anjing, kelawar dll daging haiwan yang susah nak dapat. Dalam sehari kata penjual tu, sekurang2nya 3 kucing, 2 anjing la jugak terjual.Agak laku la,(walaupun cara bunuh adalah sangat sadis-ketuk sampai mati). Macam makanan tempatan kot..So boleh jadi, saudara mara yang dekat medan tu cadangkan petua tu.
Ala macam orang kita la, lepas operation belah atau luka besar orang tua2 kata makan la ikan sembilang..nanti cepat baik luka. (ke ikan haruan?)

Sekarang ni kata mbak Suci (bibik yang jaga anak) penuh satu peti ais tu si mak saudara Ibu Silvia sumbat dengan daging anjing. Ibu Silvia ni masih dekat hospital sekarang, so dia suruh bibik2 ni masak kat dia la daging anjing tu. Yang diorang ni pun muka pucat geli semacam je la bila dah kena suruh tu..Huhu..

Dah le 2-3 minggu lepas, kena masak daging babi untuk anak2 dia..Bila dengar cerita apa yang budak2 ni makan, rasa macam semacam je bila diorang nak cium2 pipiku ini..habis tercemar..haha..
Oh ye, salah satu anak tuan rumah ni autism. So macam2 pantang yang ahli psikologi dia bagi, tak boleh makan macam2 la..buah warna merah atau oren tak boleh, daging ikan tak boleh..
Tapi daging katak n babi boleh pulak..
Tapi bibik2 ni kalau daging katak diorang makan la. Kat indonesia ni katak tu makruh je. Kalau kat carrefour tu dia parking sebelah2 je dengan ayam..

Huhu..tak kisahla kalau korang nak lari masak kat sini pun, kitorang ok2 je. Kesian jugak. Tinggalkan sikit makanan buat dinner pun boleh..huhu..
Mungkin selama ni kalau setakat daging babi diorang ok kot. Dah sampai daging anjing tu, super geli geleman. Sebab jarang orang makan.

-Ada jugak kecoh orang buat sate dari tikus 2-3 tahun lepas.
-Teringat cari belalang dengan arwah atuk. Buat masak sambal.
-Teringin nak makan ulat putih yang dalam pokok balak tu..Macam sedap je.

Sunday, 26 April 2009

Sapu tangan is handkerchief

Zaman dulu-dulu pergi sekolah selalunya budak perempuan bawak sapu tangan. Macam2 warna dan corak.Bila naik sekolah menengah dah besar sikit mula belajar pakai tisu..
Kalau sekarang ni..budak sekolah rendah pun dah pakai tisu. Senang kan. Lepas pakai, buang.

Dulu, tisu tu macam membazir je.Mahal. Pakai sapu tangan, boleh basuh bila balik rumah. Mak basuh. Tak keluar duit. Tapi sekarang, tisu yang dah naik harga pun tak kisah nak beli.

Dulu alasan tak pakai tisu sebab kesian kat pokok2 yang kena tebang untuk dijadikan tisu. Sekarang alasan pakai tisu sebab pakai sapu tangan tak higenik (mcm ni ke eja?)

“ish, i rasa pakai sapu tangan macam pengotor la, tissue boleh buang terus”
“kalau lap muka banyak2 kali boleh jerawat”
“Aku kalau mekap nak pergi kelas, 4 tisu aku guna paling kurang. 1 lepas pakai mosturizer, 2 lepas pakai foundation,pakai bedak semua.. Last sekali lepas pakai lipstik. Saja nak tengok corak bibir aku..”

Aku dah lama tak pakai sapu tangan. Sekarang ni main tisu je..
Bila demam + selsema berhingus macam ni, tengok gumpalan2 tisu yang aku hasilkan..terasa membazir pulak.

Kesian pulak kat pokok2 yang menjadi korban.
Terasa berdosa pada anak2 dan kehidupan yang akan datang. Huaa..
Biasalah, semua orang mesti ada kesedaran tapi nak jalankan tindakan tu belum tentu. Mode hari ni: Kebersihan vs Kesedaran alam. Huhu..
Konflik yang agak berat pulak melanda aku di hari minggu yang indah ini.

World’s hour bukan main lagi ajak2 orang. Kempen sana sini. Ni yang berkodi2 tisu ni tak ke pembaziran. Kadang2 benda2 kecil kita tak nampak. Biasa la, macam kuman depan mata tak nampak, kera di hutan disusukan. (Huhu..gabung2 sikit baru la moden..)

Untuk mengurangkan rasa bersalah aku buang gumpalan2 tisu tersebut dari pandangan dan pakai sapu tangan hari ni. Ye la bukan nak pergi mana-mana pun duduk rumah je..
Apa pun pilihan di tangan kita sendiri...Walaupun nampak kecil tapi aku harap kesedaran aku hari ni, menyamai dengan usaha menyelamatkan paling tak suku batang pokok..



*Dulu masa tahun 1999/2000 ada geng budak perempuan buat trend sangkut towel kecik kat bahu.(macam mamak roti canai tu).
Ada ke kat sekolah lain? Budak2 SAAS Kajang je kot..haha..rindu la kat korang..

Wednesday, 22 April 2009

puisi

Hadirmu meresahkanku
Lembut ku menidakkannya
Tak kuakui kerana perbezaan ini
Walau ku tahu hati tidak begitu

Namun, semakin kau menjauh, semakin aku ingin mengejar bayangmu,
Semakin kau dingin, semakin aku disapa api cemburu,
Dan bila kau membisu, terasa rindu kian membelenggu

Kecil tak bermakna kau lemah
Matang mindamu bijak menyusun kata
Tutur bicara hati lewat mindamu buat ku tertawan

Antara kita ada batas yang memisahkan
Walau kadang terasa dekat
Aku tidak pasti sama ada kau merasakannya

Kadang cuba kubuang jauh tapi tak kemana
Ini hanya permainan perasaan yang kadangkala melelahkan
Maka hanya pada mu yaAllah, ku memohon petunjuk