Saturday, 6 March 2010

malas belajar kalau malam minggu macam ni

Posting kat tempat sama yang bosan lagi. Beruntung dapat rumah sewa yang agak murah, selesa dan tuan rumah baik.
Dah mula oncall lagi. Sekarang baru faham perasaan jadi co-ass bedah. dulu masa jadi co-ass interna dok merungut konon budak bedah malas jaga malam di IGD. Ternyata dah kena kat batang hidung sendiri baru faham la pukul berapa selesai tugas kat bedah ni.
Memang tak sesibuk di interna tapi nak melayan dokter2 pandai kat departmen bedah ni agak susah la..Balik2 kita yang dikata malas..Jadi malas betul2 karang baru tau..huh.

Semalam ada patient datang dengan keluhan yang kelihatan sepele je. Jatuh terduduk sebab kerusi kena tarik dari belakang oleh kawan yang lagi bercanda ria. Huh baik ye gurau2 camtu sampai masuk IGD. Bila Xray amik kau ada patah kat tulang belakang dia.Nak bergurau pun berpada-pada la..umur nak kata tak matang lagi dah 27 tahun..

Masa kecik2 dulu ingat lagi ada kes budak kena saman dengan keluarga budak yang lumpuh lepas terjatuh sebab kerusi kena tarik dengan kawan.

Moral of the story, silalah check kerusi anda sebelum duduk. Jangan main terjah je.sekian.

Friday, 5 February 2010

Jogja...i love it!!

Hampir sebulan di Jogja untuk stase mata, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Setakat ni kehidupan sangat santai, mengembirakan dan banyak makan. Dah rasa macam student dietary atau org indonesia kata wisata kuliner..
Sebaik menjejakkan kaki di bandara Adisutjipto kami dah bertekad nak menghayati stase mata kali ni. Orang kata lawatan sambil belajar la. Kebetulan stase minor, jadi taklah sesibuk macam stase lepas. Dan bebasnya kami dari stase mayor membuatkan perasaan malas menebal dalam diri. Mana taknya kalau dulu setiap orang kena follow up pasien 3-4 orang satu hari. Campur2 satu wad, ada la dalam 20 orang. Tu belum campur pasien oncall dan outpatient.




Tu dulu..masa sibuk. Sekarang ni rilek sikit. Kalau kat sini pasien yang datang 15 orang je kat poliklinik. Maximum 19 orang pagi tadi. Habis je pasien kira-kira jam 11-12 dah boleh balik rumah. Tak payah jaga wad. Memang banyak masa untuk belajar bermain-main. Keadaan memang tenang di Rumah Sakit Yap ni, dengan keadaan hospital yang damai, persekitaran yang cantik dipenuhi pokok2 merimbun dan ditambah pula dengan uniknya banggunan hospital hasil tinggalan zaman Belanda. Selain itu kelebihannya, orang jawa memang ramah2 dan baik kepada orang luar. Terutamanya bila tengok mahasiswa yang bertudung macam kami, confirm baik lah..

Dokter spesialis, residen dan perawat semuanya baik-baik dan rajin melayan kami dokter muda walaupun kadang2 bila ditanya blur tak tau nak jawab apa. Pengalaman hari pertama di ruangan poliklinik mestilah masalah bahasa..Pasien sakit mata kebanyakannya nenek dan kakek2 tua yang kebanyakannya kami tak faham pun kalau diorang cakap bahasa Indonesia. Nak tak nak kenalah perawat yang kat poli tu bukak kelas bahasa Jawa pulak setiap kali kami ada kat situ..

Yang menarik kat Jogja ni banyak tempat menarik boleh dilawati. Dari candi2 yang melambak2 di mana-mana saja, Malioboro untuk batik2 dan kraftangan, Keraton( istana tinggalan Raja2), Parangtritis yang terkenal dengan Ratu Laut Selatan (Nyi Roro Kidul), banggunan bersejarah tinggalan Belanda, taman pintar, taman sari, tempat jual barangan perak dan syurga makanan seperti gudeg, pecel, bakpia, warung lesehan dll. Kami tak sempat nak pergi semua tempat tu kali ni.takpelah aku pun dah pernah datang dah dulu kira dah jejakkan kaki la kat tempat2 tu..huhuhu..
p/s- Dari tingkap bilik boleh nampak gunung Merapi berasap2..Indahnya ciptaan Allah..

Friday, 18 December 2009

tak sabar tunggu ipd interna selesai

Kehidupan di rumah sakit memang sibuk. Biasanya kalau sibuk, kita memang akan selalu terlupa hal2 yang tak penting di luar lingkungan kita. Sedar tak sedar dah 8 minggu jadi co-ass interna. Seminggu lagi presentasi lepas tu ujian. Isninnya terus terbang ke Jogja untuk stase mata pulak.

Walaupun sibuk, kadang2 agak membosankan juga dengan rutinitas yang sama setiap hari. Follow up pesakit, presentasi kes2, penelitian, jaga malam dan pada masa yang sama sering menjadi mangsa buli suster2 yang agak kerek. Memang tidak menang tangan menguruskan rumah sakit yang tidak ada doktor residen. Kesian juga kadang2 pesakit kena tunggu doktor spesialis visit pagi2 untuk dikonsul.Kalau terlepas pagi ni, alamatnya esok la kena tunggu lagi. Jadi pada siapa lagi si sakit nak mengadu. Nak harap para suster di bangsal, sangat la ‘rare’ nak bermanja2 dengan pasien. Dah bosan kot. Jadi pada siapa lagi bapak2 dan ibu2 tu nak mengadu kalau bukan kepada para co-ass tersayang yang pagi2 dah tanya gimana keadaanya hari ni bu?apa aja keluhannya hari ini bu?masih pusing?batuknya gimana?sesak ga?nyeri perutnya uda mendingan?kencingnya lancar ga?buang air besarnya gimana? cek dari atas sampai bawah, lepas tu tensi, suhu, nadi, nafas. Pesakit yang suka bercerita mungkin akan membawa kita ke dunianya, tapi kadang2 dapat juga membantu kita menganamnesa dengan lebih baik. Macam2 karenah tapi menarik. Orang sakit memang la manja.

Tadi sibuk dengan 2 pasien untuk di ganti verban (GV). Bau luka gangren untuk pasien kencing manis memang khas. Tapi mungkin sebab dah terbiasa jadi bau busuk tu tak lah menyengat. Siap kat bawah katil pesakit kencing manis+luka kat kaki semuanya diletak serbuk kopi, ingatkan serbuk apa la. Nak serap bau rupanya.Kenapa tak letak arang ke, mungkin ni boleh dijadikan penelitian. Mana satu yang lebih serap bau.

ok, 2 minggu lagi pergi Jogajakarta..Tak sabarnya. Study-tour .Walaupun jauh tapi kali ni stase minor, 5 minggu je dah habis n orang kata kat sana dokter best, suster baik yang paling penting boleh dapat markah best. Ok la tu. ;>