Thursday, 27 October 2011

congrats!!

Alhamdulillah...akhirnya setelah 6 tahun aku pulang ke Malaysia dengan segulung scroll kosong...(ijazah belum siap, sebulan lagi kot) usaha sepanjang belajar memang dah tak ingat lah kalau di akhir2 ni,ingat gembira, bangga dll yang sewaktu dengannya semasa naik atas pentas ambil scroll..susah payah, perit penat semua memang dah dan tak usah dikenang..cewah..
15 Oktober 2011..tarikh yang kontroversi..mana taknya tiba2 bagitau nak buat perlantikan..persiapan baju, tangkap gambar semua kena buat seminggu sebelumnya, 2 hari sebelum baru dapat tau kena balik Indonesia on the dot..kerja gila..haha..

Lepas ni mula pulak la dunia pekerjaan..yang memang banyak tanggungjawab..takpe tu bab lain yang penting sekarang menghirup udara dan menghayati waktu2 single dan tanpa beban kat kepala..tengok adik pergi sekolah n masih belajar kat U..rasa macam semua tu takde masalah sama sekali..yelah kita pun dah lalui zaman tu, jadi rasa biasa je..takde masalah yang tak dapat diatasi kekekke..

Oye, masa interview SPA aritu, memang ada sentuh isu kawin..tapi biasala orang lain pun kawin jugak..kawan aku pun kawin masa HO, beranak masa HO..boleh je lalui..Memang la ada pegawai tu nasihatkan supaya tak kawin dalam masa 2 tahun ni, tu berdasarkan pengalaman anak dia yang bercerai waktu HO..2 tahun..uhh..lama tu..Buat aku yang masih belum ada calon ni mungkin tak terpikir..tapi org yang tinggal nak keje je then nak kawin..mesti la terngiang2 jugak nasihat encik SPA tu..Apepun tu berdasarkan pengalaman dia, mungkin pengalaman org lan berbeza..so yang nak kawin tu teruskan je la niat membina masjid..

Friday, 25 March 2011

Sakit itu nikmat

Salam.
Kesibukan yang melanda seperti biasa membuat aku lupa kadang2 badan juga memerlukan rehat. Sakit tu nikmat yang Allah bagi supaya kita sedar dari kesibukan dan segala macam aktiviti yang boleh buat badan kita lemah, sakit, penat yang akhirnya lalai nak beribadat.

Sepanjang hamper 2 bulan ½ aku kat posting obgyn ni dah 3 kali sakit..mula2 sakit telinga, lepastu sakit kulit, ni demam pulak..Nak kata tak mengganggu kehidupan aku tipu la…telinga aku pekak sebelah kot, patient cakap apa pun aku tak dengar jelas, kulit pulak assyik dok menggaru2 dah sama macam yang kat atas pokok tu (monyet). Demam pulak buat aku sampai terbaring kat katil patient..Huhu, belum cakap lagi pasal duit dah sah2 mengalir je..mana taknyer semuanya perlu penanganan pakar..pakar telinga pakar kulit..
Duit scholar sebulan habis 75% jugak la..

Alhamdulillah dengan izin Allah dan dengan doa mak ayah serta bantuan rakan2 yang baik hati memandi dan mengkafan mamandikan aku ngn air hangat dan menjaga makan pakai aku..kini aku kembali sihat..
Kembali untuk meneruskan kehidupan yang sibuk tu..

Jaga la kesihatan selagi masih mampu…Kita hanya manusia yang merancang, Allah jugak yang menentukan

Friday, 24 December 2010

Bye Sukabumi..

Huhu..Akhirnya meninggalkan sukabumi dengan seribu kisah aneh dan kelakar orang-orang sakit jiwa.Semalam sempat keluar makan dengan dr Tommi, ye lah kitorang la belanja makan. Awalnya dia ajak pergi karaoke.

Ni la benda yang ktrg paling tak suka nak pergi. Dah lah dokte memang suka karaoke. Alhamdulillah, mungkin Allah nak selamatkan ktrg, masa kat tempat karaoke ada beberapa orang mabuk tengah melalak2 nyanyi joget2. Dan mungkin dokte rasa n nampak muka ktrg semacam je dan tak selesa, so dia ajak cari tempat lain. Nampak dia macam tak enjoy tapi mungkin dia lagi rasa tak ok if dia sorang2 je enjoy. Ktrg memang dah nak kenakan Angel dan Zack suruh diorang nyanyi. Aku ngan Adelin dah sah2 takkan nyanyi. Never ever aku nak dedahkan suara kat depan2 public. Laki plak tuh.

Terima kasih dokte sebab bagi ktrg semua A-.Walaupun apa orang kata kat sini susah nak dapat grade bagus, susah lah, banyak kerja lah, kena buli, dan lain2 ke..tapi setelah melalui stase kali ni aku rasa apapun yang terjadi, sebesar apa pun masalah, badai pasti berlalu. Dulu Fadzi, Aai dan Mimi cakap orang di Bangsal teruk2 suka kenakan koass. Pegang2 tangan pinggang semua, kutuk2 tak jelas..Ye memang betul, tapi bagi aku kalau kita pandai tangkis, orang akan respect kat kita. Bersyukur juga aku dilahirkan mcm ni. Kalau muka cantik2 pun org suka kacau2..tak ke stress hidup. Kalau yang kacau tu hensem atau boleh tahan muka, takpe lah juga ni bapak orang, patient pun sama. Bukan nak cakap org tua tak boleh menggatal, bukan nak cakap pompuan suka orang hensem je, tapi kita kena ukur baju di badan sendiri jugak. Tak salah aim tinggi, tapi kalau suka sama suka lain la cerita. Kesian jugak Adelin nak layan org2 aneh kat sini. Jadi hot stuff pulak.

Dokter pun tak seperti yang diorang cakap. Bak kata diorang dokter suka marah2 koass dengan takde alasan jelas, tak suka koass malaysia, tak suka koass bertudung dan tak suka koass perempuan. Tapi ternyata dengan kitorang mood dokter baik je dari awal kami masuk sampai la 5 minggu kami di sini. Syukur sangat2..Tiap kali oncall dan ada konsul berdebar2 dan menggigil suara nak lapor kejadian melalui telefon ke dokter. Tapi ternyata baik2 je. Nak kata ktrg ni koass yang rajin dan baik, budak2 yang sebelumnya pun baik jugak. Rajin jugak. Syukur byk2 tak la sampai stress hebat. Paling2 awal minggu pertama kena bantai habis2an dengan nurse kat poliklinik. Kalau sekarang punyalah kamceng.

Macam tu lah setiap kali habis stase aku menilai diri, introspeksi diri bak kata bahasa melayu moden. Alhamdulillah dengan team mate junior yang kurang rapat dulunya sekarang jadi lebih rapat n lebih kompak orang kata. Kalau kita selalu nak berada di zon selesa sampai bila2 pun kita takkan maju. Kena ada sesuatu yang mencabar untuk kita merasa di bawah lagi. Kalau selamanya kita di atas atau berada pada fase constant, tah kita bersyukur tak agaknya?

Bye Sukabumi, tah bila la nak datang sini lagi..Kota yang nampak baik di luarnya, kalau kat dalam penuh dengan macam2 keanehan..huhu

And hello Jakarta again..Apa pulak la yang menanti untuk Forensik.

Thursday, 23 December 2010

Enaknya wisata kuliner di Sukabumi

Hujan lebat dari tadi pagi macam tau2 je gelora hati ktrg berdebar2 tunggu pengumuman markah ktrg untuk stase jiwa ni. Musim2 hujan macam ni memang selalu je rasa lapar. Dari tadi lagi aku dok pikir2 nak makan apa..Teringat macam2 makanan yang enak kat sini. Tak lama lagi dah nak balik Jakarta, dah tak ada lagi makanan best pagi2..

Pokoknya kalau ke sukabumi tak berwisata kuliner memang tak lengkaplah. Memang makanan sunda dari lauk pauk ke nasi dan sebagainya dah dicop manis. Persis macam orang Kelantan, suka yang manis-manis. Makanan Padang yang terkenal pedas tu pun kat Sukabumi ni tak sepedas mana, sambal pun manis2 pedas..

Cerita pasal makan ni, nak aku sharekan beberapa makanan popular yang aku rasa paling laku kat Sukabumi ni. Kebanyakan gorengan la. Kalau kat Malaysia yang popular pisang goreng, ubi goreng cekodok dll tapi kat Sukabumi ni ada beberapa makanan khas yang aku rasa kat Jakarta tak sesedap mana. Mungkin ada je kat Jakarta yang sedap, tapi boleh dikatakan kalau pergi Sukabumi tak rasa makanan ni kiranya kurang ummpph la..

Tahu Bulat-
Yang kita tahu, tauhu biasanya bentuk 4 segi. Nak buat bentuk bulat ni kurang pasti lah macam mana. Tapi kat area Sukabumi ni aku perhatikan kat mana2 je ada orang jual tahu bulat. Kiranya makanan goreng-goreng tepi jalan yang paling laris adalah tauhu bulat. Dalam dia tak isi apa2..kosong je dan rasanya sama je macam kita makan tauhu goreng biasa tapi lebih masin. Kalau kat Jakarta yang gorengan paling popular adalah tempe dan tauhu, tapi tauhu bentuk petak la. Ataupun tauhu sumbat yang isi kat dalam ada mihun dan lobak merah. Tahu bulat murah je bergantung kepada ukuran ada yang 1 ribu rupiah dapat tiga untuk ukuran sedang. Atau 1 ribu Rp dapat 2 untuk ukuran besar.

Piscok –
Atau nama panjangnya pisang coklat. Pisang (1/2 pisang)yang disalut coklat, lepas tu di balut dengan kulit popia, setelah itu digoreng. Ni mantap betul rasanya kalau coklat dia tak terlalu manis dan pisang manis2 buah. Paling sedap kalau dimakan panas2..Huu..biasanya dijual pagi-pagi. Tapi kalau laku tu sampai tengahari pakcik tu bukak stall lagi. Mahal sikit harga 1 ribu rupiah untuk 1 piscok. Tapi makan 2 kenyang la.

Cireng-
Ni lagi satu gorengan yang popular khas Sukabumi. Kurang tahu pulak aku kalau makanan ni asal dari Bandung atau apa, tapi yang pasti kat sini popular sangat2. Tak tahu nak gambarkan macam mana rasanya tapi dibuat dari tepung ubi yang ada macam-macam isi kat dalam dia. Ada yang manis, macam perasa strawberi atau coklat, tapi yang sedap kalau isi ayam pedas, kornet (daging sliced) pedas atau sosis (hotdog) pedas. Sebabkan dibuat dari tepung ubi, so kalau dah sejuk nak makan dia sangat liat sampai boleh patah gigi. Jadi sesuai sangat makan panas2..lembut kemain. Dia ada macam2 bentuk, tergantung pada pembuatnya..Aku suka beli bentuk dinosaur. Harga 1 ribu rupiah untuk 1 cireng.

Surabi
Makanan yang enak sebagai appetizer..Sebanarnya rasa dia macam tepung dorayaki, tapi versi lebih lembut. Atau rasa macam tepung donut tanpa gula. Yang lainnya, kita boleh pilih topping atas dia nak perasa apa..Yang paling enak mestilah topping perasa durian. Sangat kena dengan rasa dia. Banyak pilihan lain lagi yang lumayan sedap contohnya macam keju coklat, keju susu coklat, blueberry dan jagung.

Mochi
Ni bukan gorengan. Dia ni macam kuih onde2 yang warna hijau tu, bezanya dalam boleh isi macam2 dan dia tak dilumurkan dengan kelapa parut. Dalam dia berisi kacang, kacang keju, vanilla, coklat, durian, strawberri, blueberri dll rasa lain lagi. Yang paling popular jenama “Lampion” (tanglung) kat jalan Kaswari 2 atau jalan Kaswari Mochi je orang panggil. Tempatnya agak ke dalam, kena jalan agak jauh la kira2 300 meter. Kalau kat luar2 memang banyak orang jual Mochi tapi yang tak asli dan kurang sedap. Kalau datang kat situ, boleh nampak la ramai orang parking kat luar, then jalan kaki ke dalam untuk dapatkan Mochi yang sedap ni. Buka setiap hari dan tutup kira2 jam 9.30 malam. Dengan harga 20 ribu rupiah dapat 5 kotak kecil mochi. Dalam kotak kecil ada kira2 10 biji mochi. Kalau beli banyak boleh tawar harga dapat 18 ribu. Selain mochi tempat ni jugak jual kerepek2, baulu dan makanan kering yang lain juga.