Sekalian sempena cuti paskah ni, diadakan pemilihan umum(pemilu)..
Gila banyak parti dan calon yang bertanding. Kertas undi pun besar gedabak macam kertas plan arkitek.

Sekarang kat tv pun, semua parti2 sibuk mempromosi calon mereka yang bertanding. Kalau di iklan2 tu, nama parti dah selalu dengar sampai tak perasan yang mana satu. So strategi diorang, suruh contreng parti berdasarkan letak kedudukan nama parti di kertas undi tersebut. Contoh: Contreng parti yang paling kanan atas. atau kanan hujung,nomer dua ke bawah..
Di padang depan rumah aku ni bakal dijadikan tempat mencontreng (pangkah undi)..
Kiranya sibuk la esok ni.
So kepada semua para pengundi, tentukan yang terbaik untuk bangsa Indonesia. Pilihan anda menentukan hala tuju negara untuk tempoh lima tahun ke depan.

Sempena libur juga, teman2 telah berlepas ke Bali pagi tadi. Ponteng kelas!huhu..
Alhamdulillah, teman2 dah pun selamat sampai ke sana. Perjalanan Jakarta-Bali dengan Air-asia memakan masa kira2 dua jam..Lama jugak, macam Jakarta-KL je. Oh, mesti korang buat discussion ophtal kan kat atas flight..haha..cuak, silap plan pulak pergi Bali dekat2 nak ujian..Korang enjoy la ye. 6 hari kat sana gunakan dengan sebaiknya. Bukan senang nak pergi Bali..

Walaupun risau tak ada makanan, (masakan padang pun makanan apa..jangan memilih donk)Tapi aku pasti korang mesti la pandai2 sendiri cari makan. Lagipun dijaga budak2 lelaki yang macho semua.haha..puji sikit kasi up, baru la diorang semangat.
Di Bali katanya kebanyakan kedai makan ada jual babi (aku belum ke Bali, aku dengar cerita budak rumah, diorang pun dengar rumous orang je ni). Ye walaupun mereka menjual makanan yang halal juga, tetapi secara automatik dengan adanya menu seperti babi guling,sate babi atau sandwich babi, takkanlah kita tak ragu2 nak makan kat sana..
kecuali kalau semua kedai kita check ada jual menu berasaskan babi, nak tak nak kena beli juga makanan yang halal dari kedai tersebut. Ataupun beli minuman kotak, susu ke sebagai lapik perut.

Ye la,daripada tak makan, lepas tu lemah, lepastu sakit (buat apa kau pergi Bali, baik kau beribadat kat umah) takkan la kita nak memperberat hal2 yang kecil.. Tuhan tu bukan suruh hambanya melakukan perkara yang memudaratkan (walaupun kau pergi Bali untuk bersuka-ria..haha)Nasib korang bawak maggi jugak kan.
Memang ada nada2 dengki kat korang,tapi dengkikan sifat manusia lemah macam aku. Asalkan tak sampai menguasai diri sudah.
Tapi nak buat macam mana dah aku decide tak nak pergi. Aku banyak benda nak kena beli..
Ohh..banyak sangat benda..especially dah nak clinical ni..Kalau ada sesiapa yang nak menginfakkan duit kat student macam aku ni boleh juga..=P(nak kasi duit ikhlas la, jangan pulak mintak nak jadi sugar daddy hak hak..)
ye betul duit memang tak pernah cukup. Lagi besar gaji lagi besar kita berbelanja(termasuk duit belanja kahwin ke?),
orang kata lagi besar peiuk lagi besarlah keraknya..
7 comments:
eh, tak takut kene bom ke?
hek hek hek.
nanti ko post entry bali...tak pon limau bali..
mr hafis-eh,mereka memang cantik menarik,tertarik the bom.
ish2..nauzubillah..biar la 20 pergi, 20 balik comel2 macam asalnya.
aku pentoi-oo..saja ye nak test meter dengki aku..limau bali okee..
erk..
babi terbang
haha..babi terbang yang cute tapi
nak jugak pegi bali tapi takde duit so jln2 dlm negeri je lah.
aini.
aini-biasanya kalau pergi ramai2 dapat murah sikit..huhu..
tapi jalan2 dalam negeri pun ok apa..
Post a Comment