Tuesday, 7 April 2009

mata pencuri yang bersinar

Adoi..kecuaian yang membawa padah..
Hilang tak sampai 40rp (rupiah), kena keluar duit buat report, transportation semua nk dekat 100rp jugak la.
Pengajaran bagi aku supaya jadi lebih berhati2.. Kecuaian sangat bahaya bagi profesi ini.Aku akui memang perempuan kadangkala loqlaq (bahasa utara dari penulis rakaman di bawah atmosfera), tetapi tetap lebih teliti berbanding lelaki ye..huhu..

Oh ye, bagi yang mencuri tu,mana sumpah setia kamu sebagai saudara? Bakal doktor hobi mencuri ke?kesian..
Ye juga, kalau semua baik tak ada la doktor yang buat kriminal.Ibarat duri dalam daging lebih tepat ya. Ataupun kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Ingat lagi seorang banduan di penjara kajang dulu(bapak aku pegawai penjara).Dia sebelum ni doktor.
Setiap petang dia datang ajar bahasa inggeris kat kami anak2 kakitangan penjara ni..
Memang baik, sopan santun orangnya,menyesal dah kot.(kalau dah nak dekat tamat hukuman penjara, baru banduan boleh melakukan kerja luar..)
dia kata jangan jadi macam dia, belajar pandai2.. tapi habiskan masa di penjara.Aku tak tahu dia disabitkan atas kesalahan apa, tapi yelah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Hukuman tetap hukuman..Tu baru kat dunia.

Aku memandang ni sebagai musibah kecil. Baru masalah kecil dah kecoh macam ni..Belum kena yang besar lagi.Syukur..
Ye, walaupun cape’ kehulu kehilir pergi bank, kantor polisi, perpustakaan semua tapi tak apa la, aku menerima dengan redha.Terima kasih kepada teman2 yang memberikan sokongan.


p/s-untuk rujukan aku sendiri=> aku kehilangan purse di perpustakaan kampus ketika sedang belajar sorang2..ic, matrix kad,kad atm dll lesap juga.ini atas kelalaian sendiri ye.

4 comments:

Iliana said...

salam (^_^)

fuhhh...kehilangan barang berharga..takpe la,ada yang lebih berharga dari tu kan..
sabar la yee~

mr. hafis said...

siapa cakap loqlaq tu?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

ish..ish...ish...siannya....

syrup said...

iliana-ye betul.barang berharga yang tak seberapa.ada dalam blog lain bersedih sebab rumah terbakar, hilang kunci kereta sampai kena tarik dengan towtruck..huhu..siapa manusia yang tak diuji..

mr hafis-luklak mr carl yang eja.

aku pentoi-ingatkan singgah nak hantar ikan..huhu