Suka pantai..dah lama tak mandi laut..dah besar2 ni susah pulak la nak salin baju..
Perjalanan dari Jakarta ke Anyer mengambil masa kira2 3 jam..Bertolak pukul 4.30 pm sampai dalam pukul 7 lebih..Agak lenguh jugak la otot2 ni sebab lama duduk dalam bas..Naik coach je..sewa untuk 2 hari dalam harga rm 400..
Ingatkan sempat nak tengok matahari terbenam(sunset) tapi jalan jam so tengok sunset dari dalam bas je la..Tak sangka jalan jam jugak ye kat Anyer..padahal tak la ramai sangat penduduk kat sana..Sebenarnya perjalanan tak la seindah mana..sebab bila keluar je dari jalan tol dah start la jalan berlopak2..Rasa macam naik kuda..
Banyak lori lalu lalang membawa peralatan kabel dan elektrik kerana kerja2 perbaikan kabel di bawah jalan giat dilakukan bila malam tiba..
Sampai je kat Mutiara Carita Cottage,berkemas2..mula la buat api untuk bbq..Malam tu makan2 ayam, ikan dan sotong bakar sambil dengar bunyi ombak..Langit begitu terang dengan bintang2 bertaburan menyinari malam..Bau rumput basah selepas hujan sangat menyegarkan dengan angin pantai yang menghembus damai..Selepas habis slide presentation dalam jam 12 kami balik ke banglo masing2 dan tidur sebab esok nak bangun awal untuk tahajjud..
Paginya selepas tazkirah pagi, main2 di pantai dan bergambar..Ambil kesempatan naik bot..Dari tengah laut boleh nampak sayup2 je gunung berapi Krakatao. Abang bot tu kata kalau nak ke sana sejam je bayar lima ratus ribu..boleh tawar lagi kut..macam agak mahal..lebih2 lagi bila tahu orang Malaysia..
Lepas tu tengahari ada lagi games2 yang menarik sampai la lepas zuhur, baru bersiap2 balik..huhu..Rasa tak nak je tinggalkan pantai..uuu tapi esoknya ada kelas..
Malam tu sampai Jakarta pukul 8 lenguh2 badan..Sempat jugak cari2 cenderamata untuk budak2 rumah yang tak ikut..
Keseluruhannya, Anyer memang best..tapi kalau dapat tinggal beberapa hari lagi mesti lagi seronok...
3 comments:
uwaa...
bestnyer...
nak join...
apa beza dengan port dickson? hehe
bunga-nak join tak boleh..sebab dah lama dah pergi..hehe..
mr hafis-hehe..port dickson lagi best kot..
sini yang beza ada tour pergi anak gunung krakatau..
tapi mana2 pantai pun tak kisah semua best je..
Post a Comment