Semua orang pandai bermuka2.Ada orang kata, bermuka2 tu termasuk la menunjukkan sikap sopan santun terhadap orang yang kita baru kenal..(siapa yang kata?)
Ye lah takkan main terjah saja..Sejak kecil kita diajar berbudi bahasa..Budi bahasa budaya kita..siti nurhaliza pernah nyanyi lagu ni kat tv..
Tapi bila dah berkawan lama mesti satu demi satu perangai terbongkar..Dan akhirnya kita akan mula mengenali hati budi kawan tersebut..
Itu lumrah berkawan2 la..mana ada orang yang perfect. Kadang2 bila kita cakap sesuatu, orang lain mengertikan sebagai benda lain. Kita boleh berfikir apa saja yang kita suka, dan bercakap apa saja yang kita mahu, tapi kita kena ingat yang orang lain juga ada akal fikiran yang sentiasa bekerja, mencernakan informasi2 yang dia dapat.
Mereka juga boleh berfikir seperti kita. Atau kadangkala tidak seperti kita.
Jarang orang disuruh berperangai hipokrit..Selalu ayat dalam drama2 melayu akan kata
“Awak jangan la nak hipokrit, saya dah tahu apa awak buat kat dia!!”(garangnya)
“Tak payah nak bermuka2 depan aku..aku tau kau siapa”
“Kau tak perlu berlakon lagi..aku tahu semua rahsia kau..Kau kahwin dengan datuk K tu kan??”
Tapi aku agak pelik la kalau ada orang disuruh bermuka2..
Nasib bukan jadi kat aku..
“aku nak kau jadi hipokrit la selama aku ada kat Indon ni”.
“Depan aku, aku taknak kau marah2 pakwe aku tu”
Dah tu dengan perangai dia yang blurr tu..Lambat buat decision..taknak terima pendapat orang..sape yang tak geram..aish..
Suka hati kau la ye..Kita lagi kenal pakwe ko..
(trick buat pasangan bergaduh ialah campur tangan dari kawan2 dia..)
Patut kita tak boleh campur hal gf/bf ni..haha..
Kadang2 harus memilih antara teman baik dan kekasih..
No comments:
Post a Comment