Sunday, 25 July 2010

Depok

Selesai berpindah ke rumah sewa baru kat Depok. Tenang, banyak pokok2, bersih dan terlindung dari macet. Alhamdulillah..walaupun agak jauh dari rumah sakit tapi dengan harga yang lebih murah dan tempat yang tenang mcm ni..hati pun senang.InsyaAllah belajar pun jadi lebih semangat.
Pencarian rumah sewa di Depok ni tak semudah yang disangka. Sebagai tempat yang berhampiran dengan sebuah universiti terkemuka negara, pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada sosial dan budaya masyarakat kat sini. Betapa payahnya nak cari rumah sewa macam nak mencari calon suami..huhu..tak lah sampai mcm tu..
Ada rumah yang dekat tapi harganya mahal. Ada yang mahal pulak fasititas tak lengkap. Macam2 songeh la..tu belum termasuk tuan2 rumah yang tak sedar diri, bukak rumah sewa tapi letak harga mak aii, tak sesuai betul. Macam la ktrg ni desperate sangat nak duduk kat situ..Tak boleh tawar2 harga, macam la tempat dia popular sangat. Orang lokal pun nasihatkan jangan duduk situ sebab tak manusiawi. Lepastu letak macam2 syarat kena duduk bertiga kat bilik yang sempit dan bayar setiap seorang harga sama mcm duduk sorang. Mestilah ktrg menolak..ni kan hak kita. Lagipun keadaan tak terlalu mendesak. Kami masih boleh berulang alik Jakarta-Depok setiap hari, tapi ye lah dengan keadaan traffic jam yang tahap super duper padat tak mengira waktu memang agak merungsingkan jiwa raga lah..Keadaan emosi pun boleh turun naik macam ni kalau setiap hari.
Alhamdulillah..tempat sekarang ni yang terbaik la setakat ni. Sebenarnya tuan rumah ni seorang yang berpangkat tinggi dalam ketenteraan dan katanya banyak lagi rumah sewa dia kat Jakarta ni. KTrg sendiri pun memang belum pernah tengok orangnya. Biasalah kat sini kalau rumah yang besar2 mana ada orang. Yang adanya tukang jaga dan bersih2kan rumah. Tuan rumah mesti sibuk kat luar Negara atau duduk kat tempat lain.
Kat depan tempat sewa ni ada dewan besar, yang tuan rumah buat untuk disewa oleh sesiapa je. Boleh tahan la kalau ada acara perkahwinan atau birthday untuk harga sewa 4 juta (Rupiah) sehari..Tempat parking pun luas.
Tapi dalam best2nya ada jugak yang tak best..Lelaki rupanya boleh masuk jumpa awek diorang..a.k.a tempat ni agak bebas jugak la..Nama je kost putri, tapi bila petang2 ada lelaki datang lepak2 kat bilik. Jangan bermalam sudah lah ye.

No comments: