Tuesday, 6 July 2010

Purwakarta yang terkenal dengan sate maranggi

Alhamdulillah..selesai sudah posting berikutnya di Purwakarta..Purwakarta ni sebuah bandar kecil terletak di persimpangan sebelum sampai ke Bandung..Kalau lewat tol Cikampek boleh berhenti di Cikopo dan menikmati sate Maranggi untuk makan tengahari.Atau boleh pilih untuk melewati Tol Sadang boleh singgah ke STS(Sadang Terminal Square/sentre?).

Purwakarta bukanlah sebuah tempat yang terlalu menarik cuma yang uniknya kawasan perkampungan ini dilewati oleh banyak kontena2 besar dan lori2 yang mengangkut barangan tidak mengira waktu. Mall terbesar adalah ramayana dan giant. Jadi bila awal bulan je kita dapat lihat pelbagai golongan dari yang elite ke yang sedang2 saja memenuhi pasaraya-pasaraya ni..Menarik jugak.

Paling penting setiap kali posting ke luar Jakarta ni mestilah mengenai makanan..huhu..Sate Maranggi, yang popular dengan sate kambing, ikan bakar,dan ubi cilembu bakar bagi aku adalah main attraction yang terbaik untuk Purwakarta..Bagi masyarakatnya yang kebanyakannya berbicara dalam loghat Sunda, makanan ni adalah benda yang mesti cuba kalau dah datang kat sini..
Selain tu banyak rumah makan yang menghidangkan makanan2 Sunda boleh didapatkan ditepi2 jalan. Tempat istirehat yang agak popular adalah waduk Jatiluhur..Kat sini dapat tenangkan fikiran, tapi sayangnya aku belum pernah sampai ke sini..huhu..kena naik banyak angkot untuk sampai ke sana..

Aku kebetulan tinggal kat Jalan Keramik, tempat yang menarik..Walaupun selama 10 minggu tinggal kat sana sekali jer aku sempat jalan2 sampai hujung Jalan Keramik ni..Ternyata di dalam lebih menarik..ada sawah terbentang luas, lembu kambing dan rumah2 kampung..
MAsa jalan tu aku tanya Fini, sarah dan Ema apa yang dia expect jumpa dari perjalanan kita ni..Diorang memang sangat teruja dan dah nama Jalan Keramik mestilah harap jumpa tempat keramik..Tapi sayangnya hanya 1 jer kilang keramik dijumpai tu pun sekadar pondok kecil, usang, dah tak digunakan lagi..Rumput menjalar dan ada tinggalan keramik usang bersama kambing2 sedang beristirehat.
Awalnya aku berharap ketemu hutan kecil dan disebaliknya ada tasik. Tapi rasanya dan 15 minit berjalan hanya bertemu pondok pesantren, hutan dan rumah2 je..Jadi aku cadangkan kalau jumpa lembu kita patah balik..

Diorang yang dah penat terjumpa kambing ppon excited nak ajak balik..Tapi ternyata di hujung jalan ada padang kecil kanan2 kampung main bola dengan mak2 tengah bersembang2 dan kat sebelahnya ada sawah padi yang saujana mata memandang..SubhanAllah..sempat posing beberapa shot, lepastu kitorang decide balik sebab dah nak Maghrib..Dalam hati ktrg simpan angan2 nak datang balik ambil gambar lagi dengan topi jerami dan kain batik atas kepala..

No comments: