Walaupun tidak confident dengan diri dia tapi dia patut berbangga sebab muka dia adalah nak iras2 sikit dengan Afgan yang nyanyi lagu terima kasih cinta tu..Cuma versi besar.

Sebab dia cakap slow, perempuan selalu salah anggap apa yang dia nak cakap.Tapi dia baik.Dan suka gadis2 kawaii dan berbadan petit..Kami semua selesa dengan dia.Dulu..
Semester lepas dia mentransform diri dengan memulakan langkah mendownload semua series cerita daripada heroes, betty, grey's anat,house,desp housewife, anime dll..
So siapa yang nak cerita terbaru, memang dialah yang kami cari..nama dia dah mula meniti ke bibir2 para gadis terutamanya budak2 junior..Kami pun dilupakan.Takpe tak sedih..Biasalah lumrah alam..
Dia juga sering update dengan pelbagai gosip sampai semua orang pun sibuk cari dia kalau ada apa2 hal terjadi kat kampus.Mesti dia tahu punyalah..
Semester ni, dia mengambil langkah lebih maju dengan meletakkan gambar penuh dia kat ym (maju ke ni?) dan ditambah dengan status2 ym yang berbau provokasi..
Kami suka dia konfiden terhadap diri, tapi kalau bab provok2 orang lepas tu gaduh, lepas tu sendiri merajuk itu sangat kami tak setuju..
Kecoh satu kampus bila dia kata budak rumah kami gaduh dengan dia..Cuma kitorang ambil movie kat orang lain tak makna kita gaduh. Macam budak kecik pulak..
Lagi kecoh bila dia cakap sorang girl ni tak pakai underware la..
Baru2 ni memang dia mengaku mahu "terlihat" daripada terus2 jadi baik dan dipandang biasa2 saja.
Dia suka sebab taktik tu berjaya..Suka bila orang tanya2..
"dia kenapa?apesal dia cari pasal dengan aku?"
Tahniah..tapi kami mahu kamal yang dulu. Mungkin tak popular dengan kisah hotnya, tapi diingati sebab baik, sopan dan konfiden.
