Lama rasanya tak berpeluang mengupdate blog ni. Hmm..dah setahun lebih tak balik Malaysia..Diam tak diam tinggal 8 bulan je lagi clinical aku kat Indonesia ni nak habis..Kejap je rasanya baru kelmarin kena posting pediatric kat Purwakarta lepastu kulit kelamin kat Depok, sekarang ni Psychiatry kat Sukabumi pulak..Bila lagi nak dapat posting kat Jakarta..Rindu Jakarta!!!
Seronok sebenarnya dapat posting kat Sukabumi ni.Sejuk. Tak payah pakai kipas, apa lagi air cond..Beza betul dengan Jakarta yang panas je selalu, pengennya AC terus…
Kebetulan posting aku kat Sukabumi ni kat tempat orang sakit jiwa..Dan biasalah kalau kat tempat orang gila ni mesti terkenal orang kata doktor dan nurse pun sebenarnya gila..Mana taknya tiap2 hari melayan orang sakit jiwa..Memang kadang2 betul jugak..Nurse dan doktor ada jugak la yang suka marah tak jelas, emosi yang kadang2 tak sesuai keadaan dan tempat. Malah lebih teruk lagi kalau ada yang ambil pil sakit jiwa sebab tau diri sendiri ada tanda2 sakit jiwa..
Awal-awal masuk memang aku super cautious dengan orang sekeliling a.k.a nurse2 kat wad sakit jiwa ni. Biasalah awal2 masih baru dan malu2..Tapi memang orang yang pernah posting kat sini dah cakap suruh hati2 dengan orang2 tertentu. Memang kena jaga tingkah laku dan kena sopan santun yang super duper hebat. Katanya orang Sunda ni sensitif, jadi kita kena sopan dan tak boleh berkasar. Tak senyum pun kena marah apatah lagi tak tegur dan buat derkk..
Kebetulan aku masuk bersama budak junior yang baru posting 2-3 tempat, jadi kiranya aku lebih berpengalaman dan lebih tua la..maksudnya batch lebih dulu clinical. Semua benda aku boleh abaikan dan buat tak tahu, tapi adalah hal2 yang kadang2 aku tak boleh sabar. Awal2 lagi aku dah dikeji dengan seorang nurse di poliklinik jiwa..Sedap betul mulut dia cakap aku muka tua, badan tua, paling hodoh, muka pantat ayam..aduh sakit hati..rasanya aku pun nak masuk jadi patient jiwa jugak.
Aku senyum je dia cakap apa pun, kalau melawan pun tak ada guna jugak memang jenis lawan balik kaw2 lah. Mentang2 kitorang menumpang kat tempat orang tapi jangan la sedap mulut sampai tak ingat batas2..Kata nak suruh orang hormat..Sila belajar hormat orang dulu la baru orang nak boleh hormat kau. Cakap banyak tak guna harap je belajar kat pondok pesantren dan mengajar bakal2 ustaz..
Ha..mungkin betul aku agak tertekan kat sini..Aku stress!!
Seteruk2 posting aku yang sebelum ni..aku rasa ni lah posting yang paling menuntut emosi dan mental aku..Dah la aku tak berapa minat psychiatry ni. Nak pulak doktor dan nurse tak berapa suka Malaysian. Awal2 lagi warning kitorang jangan bawak kekerasan macam yang terjadi kat maid2 diorang kat Malaysia. Pastu cakap Malaysian suka main kasar. Apakejadahnya…
Tempat yang best pun kalau stress tak boleh menjamin kita rasa bahagia tinggal kat sini..Mau pulang…
Monday, 29 November 2010
Thursday, 16 September 2010
Met Lebaran!!!
Selamat Hari Raya..
Taqabalallahuminna waminkum..

1. Beraya di Purwakarta!!..Pertama kali beraya di luar Jakarta selama 5 tahun ni. Walaupun posting paed ni macam rilek2 tapi musim raya banyak orang buat check up anak diorang sebab nak jalan jauh balik kampung. Lepas raya pulak ramai yang sakit mana taknya main sana, makan sini.. mana la mak bapak larat nak control semua. Nak layan tetamu lagi.. habis cirit birit demam semua..

2. 3 hari sebelum raya jalan besar kat depan hospital jam gila! Jalan patutnya 2 arah, tapi sebab banyak kenderaan nak ke arah Jawa, jadi sampai 5 line dan semua searah..Kereta dr Adjie tak boleh masuk ke hospital, so dia kena jalan kaki dari rumah..Berpeluh2 jugak kot..
Mood dia memang dah kat kampung..Dah tak boleh duduk diam tak sabar nak balik kampung dengan family ke Jogjakarta.
3. Budak2 yang tak kena oncall ambil kesempatan balik beraya kat Malaysia.
4. Malam puasa terakhir kena bertugas di KM 72 Tol Cipularang ke arah Bandung. Traffic sendat dengan hujan lebat pulak tu.Hospital bukak pondok untuk pengubatan dan pemberian ubat percuma kat orang yang balik kampung..Jaga bertiga dengan nurse dan pak sekuriti..Since tempat agak terlindung, pasien yang datang sikit je..
5. Petang raya hujan dan ribut kuat. Black out dari zuhur sampai waktu berbuka. Rumah sewa bocor..Tak larat nak kemas2 rumah berselerak gila kena tiup ribut, banjir lecak semua..mop sikit2 kan baru lepas oncall, capek donk.
Malam raya black out lagi..tapi sejam je la. Kitorang tetap jugak masak nasi ayam, rendang, agar2 dan lemang. Masak dengan Ema, Qamarina dan Jie.. 2 orang lagi oncall di malam raya.
6. Pagi raya tak sempat solat eid sebab orang kat sini rupanya solat jam 6.30am. Baru nak siap2..huhu
7. Qama dengan Jie oncall pagi raya. Lain2 pergi beraya, tuan rumah ajak beraya kat rumah dia..

8. Raya kedua aku oncall 24 jam. Banyak pasien anak2 masuk sebab diarrhea, demam, sesak nafas dll..Banyak operation cesar sebab hospital lain banyak doktor dan bidan yang cuti. Kesimpulannya raya kali ni aku memang berbakti kat masyarakat Purwakarta la…Takpe insyaAllah tahun depan n tahun2 seterusnya aku beraya kat Malaysia..!!!!

Sunday, 25 July 2010
Depok
Selesai berpindah ke rumah sewa baru kat Depok. Tenang, banyak pokok2, bersih dan terlindung dari macet. Alhamdulillah..walaupun agak jauh dari rumah sakit tapi dengan harga yang lebih murah dan tempat yang tenang mcm ni..hati pun senang.InsyaAllah belajar pun jadi lebih semangat.
Pencarian rumah sewa di Depok ni tak semudah yang disangka. Sebagai tempat yang berhampiran dengan sebuah universiti terkemuka negara, pasti sedikit sebanyak memberi kesan kepada sosial dan budaya masyarakat kat sini. Betapa payahnya nak cari rumah sewa macam nak mencari calon suami..huhu..tak lah sampai mcm tu..
Ada rumah yang dekat tapi harganya mahal. Ada yang mahal pulak fasititas tak lengkap. Macam2 songeh la..tu belum termasuk tuan2 rumah yang tak sedar diri, bukak rumah sewa tapi letak harga mak aii, tak sesuai betul. Macam la ktrg ni desperate sangat nak duduk kat situ..Tak boleh tawar2 harga, macam la tempat dia popular sangat. Orang lokal pun nasihatkan jangan duduk situ sebab tak manusiawi. Lepastu letak macam2 syarat kena duduk bertiga kat bilik yang sempit dan bayar setiap seorang harga sama mcm duduk sorang. Mestilah ktrg menolak..ni kan hak kita. Lagipun keadaan tak terlalu mendesak. Kami masih boleh berulang alik Jakarta-Depok setiap hari, tapi ye lah dengan keadaan traffic jam yang tahap super duper padat tak mengira waktu memang agak merungsingkan jiwa raga lah..Keadaan emosi pun boleh turun naik macam ni kalau setiap hari.
Alhamdulillah..tempat sekarang ni yang terbaik la setakat ni. Sebenarnya tuan rumah ni seorang yang berpangkat tinggi dalam ketenteraan dan katanya banyak lagi rumah sewa dia kat Jakarta ni. KTrg sendiri pun memang belum pernah tengok orangnya. Biasalah kat sini kalau rumah yang besar2 mana ada orang. Yang adanya tukang jaga dan bersih2kan rumah. Tuan rumah mesti sibuk kat luar Negara atau duduk kat tempat lain.
Kat depan tempat sewa ni ada dewan besar, yang tuan rumah buat untuk disewa oleh sesiapa je. Boleh tahan la kalau ada acara perkahwinan atau birthday untuk harga sewa 4 juta (Rupiah) sehari..Tempat parking pun luas.
Tapi dalam best2nya ada jugak yang tak best..Lelaki rupanya boleh masuk jumpa awek diorang..a.k.a tempat ni agak bebas jugak la..Nama je kost putri, tapi bila petang2 ada lelaki datang lepak2 kat bilik. Jangan bermalam sudah lah ye.

Tuesday, 6 July 2010
Purwakarta yang terkenal dengan sate maranggi
Alhamdulillah..selesai sudah posting berikutnya di Purwakarta..Purwakarta ni sebuah bandar kecil terletak di persimpangan sebelum sampai ke Bandung..Kalau lewat tol Cikampek boleh berhenti di Cikopo dan menikmati sate Maranggi untuk makan tengahari.Atau boleh pilih untuk melewati Tol Sadang boleh singgah ke STS(Sadang Terminal Square/sentre?).
Purwakarta bukanlah sebuah tempat yang terlalu menarik cuma yang uniknya kawasan perkampungan ini dilewati oleh banyak kontena2 besar dan lori2 yang mengangkut barangan tidak mengira waktu. Mall terbesar adalah ramayana dan giant. Jadi bila awal bulan je kita dapat lihat pelbagai golongan dari yang elite ke yang sedang2 saja memenuhi pasaraya-pasaraya ni..Menarik jugak.
Paling penting setiap kali posting ke luar Jakarta ni mestilah mengenai makanan..huhu..Sate Maranggi, yang popular dengan sate kambing, ikan bakar,dan ubi cilembu bakar bagi aku adalah main attraction yang terbaik untuk Purwakarta..Bagi masyarakatnya yang kebanyakannya berbicara dalam loghat Sunda, makanan ni adalah benda yang mesti cuba kalau dah datang kat sini..
Selain tu banyak rumah makan yang menghidangkan makanan2 Sunda boleh didapatkan ditepi2 jalan. Tempat istirehat yang agak popular adalah waduk Jatiluhur..Kat sini dapat tenangkan fikiran, tapi sayangnya aku belum pernah sampai ke sini..huhu..kena naik banyak angkot untuk sampai ke sana..
Aku kebetulan tinggal kat Jalan Keramik, tempat yang menarik..Walaupun selama 10 minggu tinggal kat sana sekali jer aku sempat jalan2 sampai hujung Jalan Keramik ni..Ternyata di dalam lebih menarik..ada sawah terbentang luas, lembu kambing dan rumah2 kampung..
MAsa jalan tu aku tanya Fini, sarah dan Ema apa yang dia expect jumpa dari perjalanan kita ni..Diorang memang sangat teruja dan dah nama Jalan Keramik mestilah harap jumpa tempat keramik..Tapi sayangnya hanya 1 jer kilang keramik dijumpai tu pun sekadar pondok kecil, usang, dah tak digunakan lagi..Rumput menjalar dan ada tinggalan keramik usang bersama kambing2 sedang beristirehat.
Awalnya aku berharap ketemu hutan kecil dan disebaliknya ada tasik. Tapi rasanya dan 15 minit berjalan hanya bertemu pondok pesantren, hutan dan rumah2 je..Jadi aku cadangkan kalau jumpa lembu kita patah balik..
Diorang yang dah penat terjumpa kambing ppon excited nak ajak balik..Tapi ternyata di hujung jalan ada padang kecil kanan2 kampung main bola dengan mak2 tengah bersembang2 dan kat sebelahnya ada sawah padi yang saujana mata memandang..SubhanAllah..sempat posing beberapa shot, lepastu kitorang decide balik sebab dah nak Maghrib..Dalam hati ktrg simpan angan2 nak datang balik ambil gambar lagi dengan topi jerami dan kain batik atas kepala..

Subscribe to:
Posts (Atom)