Salam Tahun Baru.
Kalendar Islam pun berganti dan beberapa hari kemudiannya akan tiba tahun 2009.
Sekejap saja masa berlalu. Kita semakin dewasa.
Pernah bagi tahu Hana, tak lama lagi Hana dah berusia setengah daripada setengah abad. (ah, aku memang the road not taken,ayat pelik je)
Hana buat muka confuse dan blurr. Bila aku rephrase kata Hana dah suku abad baru dia faham. Tapi still dia tak mengaku sebab birthday dia hujung tahun. Ah tak kira jugak.Huhu.. Hana pasrah kena usik sebab dia memang tua setahun dari GCC.Tapi takpe lah tahun depan aku pun suku abad jugak. 6 tahun lagi dah 30an..pop yeh yeh..
Setiap kali awal tahun mesti ada azam baru dibuat, atau paling tidak pun, azam untuk memenuhi azam-azam tahun lepas. Dan azam-azam tahun sebelumnya. Mungkin.(Ish, berapa banyak azam daa..teringat Mr Azam- lecturer Fizik kelas sebelah).
Tak kira la apa saja azam, yang penting awal tahunlah selalunya bersemangat sangat dengan azam-azam baru ni. Sampai tengah tahun, dah buat2 lupa, akhir tahun tak teringat langsung. Lepastu boleh sambung ke next year pulak.kui kui..
Aku macam tu la. Tapi tu la, kadang2 malas nak berazam tahun baru. Sebab kelakar je rasanya bila tak dapat tunaikan. Masa kecik2 dulu siap tulis lagi dalam diari apa azam aku untuk tahun tu. Berazam tak nak tinggal solat, tak nak lawan mak ayah lagi, nak belajar naik motor, nak dapat pingat emas untuk sukan sekolah la. Dan banyak lagi.
Biasanya kalau kecik2 dulu memang aku akan sedaya upaya tunaikan apa yang aku azam. Tapi bila makin besar mana hilangnya semangat itu. Ke aku yang tak serious berazam.huhu..
Sekarang kalau orang tanya apa azam aku, kalau boleh aku nak bagi azam yang umum je. Macam nak perbaiki diri, nak belajar lebih tekun, nak jimat duit, nak kuruskan badan, nak cari pacar..Huhu..yang general macam ni la.
Sebab aku rasa aku banyak berazam yang spesifik2 ni di tengah2 tahun. Dan lagi baik macam tu, sebab kita kena la up to date dengan apa yang kita nak. Huhu..
Macam nak puasa sekurang2 1 hari seminggu, skipping sekurang2nya 150 kali sehari, nak makan apel pagi hari, nak start belajar awal dan macam2 lagi lah.
Jadi tak kiralah apa pun, yang penting kenalah ada disiplin. Berjanji dengan diri tu biarlah ditepati. Kenapa marah dengan orang yang tak tunaikan janji pada kita, sedangkan kalau kita mungkir janji pada diri kita, kita tak marah pun.
Tuesday, 30 December 2008
Salam Maal Hijrah
Salam maal hijrah.
Aku sedang sibuk belajar untuk ujian. Rehat ambil masa untuk menaip di sini.
Kalau di tv Malaysia mesti seminggu atau beberapa hari sebelumnya ada iklan2 atau siaran mengucapkan selamat tahun baru Islam kan?.
Tahun ni kurang sikit agaknya sebab ada suasana krismas dan tahun baru masihi. Mungkin kurang terasa sikit ye. Aku rasa la, walaupun tak ada kat Malaysia sekarang ni.huhu.
Selalunya sambutan Maal Hijrah ni banyak peringkat:
Sambutan peringkat Nasional-pagi2 kat tv rtm 1
Sambutan peringkat Negeri atau Daerah- ceramah2 agama atau forum2 kat dewan besar.
Sambutan peringkat sekolah- mesti ada kuiz dan kena tahu siapa tokoh maal hijrah tahun ni
Sambutan peringkat Taman Emas Kuning-kat masjid taman perumahan aku.
Selalunya RTM or spesifiknya tv 1 je yang rajin main lagu hijrah tu. Lagu yang aku, Aus n Lia nyanyi sama2.Dengan semangatnya.huhu
Satu Muharram detik permulaan , Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam, Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh.,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, rela berkorban,harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan.. Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan.. Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijrah.
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman-3x
Hijrah!!
Dan aku n adik beradik sibuk menyanyi sama2. Ni lirik yang aku ingat. Kalau salah tu memang dah nature aku nyanyi lagu lirik mesti tukar2. Tak boleh masuk program The Missing Lyrics ni.
Lagu ni sangat bersemangat. Aku suka. Tapi ayat dia keliru sikit. Bila budak2 tanya, bilakah tarikh hijrah nabi dan umat Islam ke kota Madinah? Aku dengan konfiden menjawab 1 Muharram.ye la sebab lagu ni.huhu..belakangan baru aku tahu Nabi berhijrah pada bulan Safar sebenarnya.
Pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian. Pada 13/12 September 622M (buku Al-Rahiq al-Makhtum-Sheikh Syafiyyurrahman al-Mubarakfuri).Iaitu malam waktu Nabi mula keluar dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar sebelum sama-sama menuju ke Gua Tsur.
Penentuan tarikh hijrah kemudiannya diputuskan pada zaman khalifah Saidina Umar ibni al-Khattab pada tahun 17 hijrah berikutnya bertujuan mengingati peristiwa penting itu di samping untuk memudahkan urusan pentadbiran negara.
Beberapa cadangan telah dikemukakan pada beliau, ada yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun wafatnya.
Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar kerana memandangkan hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya yang beraksud: Kita membuat tarikh dengan Hijrah Rasulullah s.a.w. kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.
-Al-Rahiq al-Makhtum- Oleh : Sheikh Syafiyyurrahman al-Mubarakfuri
-Dr. Badlihisham Nasir-Jabatan Dakwah, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
-http://sirahonline.blogspot.com/2008/01/hijrah-ke-madinah.html

Sunday, 28 December 2008
Perasaan
Perasaan sesuatu yang unik yang aku susah nak gambarkan.
Kalau perasaan tu boleh diekspresikan wajah baguslah.
Gembira, sedih, sengsara, bahagia..Wajah2 manusia.
Manusia bermain dengan perasaan.
Bagaimana kalau perasaan itu dapat dirasa, tapi akhirnya zahir tidak menepati apa yang dimahukan..
Bagaimana pula kalau perasaan itu ternyata telah jauh menyedut manusia ke dalamnya, Atau kalau tidak jauh pun mungkin baru bermain2 di sekitarnya.
Maka, apakah akhirnya kita yang akan merana atau kita yang akan rasa tertipu oleh perasaan tersebut.
Atau adakah kita akan menyalahkan orang lain atas kesalahan tersebut? atau kita menerima itu sebagai kesilapan kita terlanjur bermain perasaan? Sungguh aku tidak tahu. Terserahlah pada masing2 diri untuk menilainya bagaimana.
Aku pernah ditenggelamkan oleh perasaan sejenis ini dan aku sukar sekali mengatasinya. Tapi aku tahu, ia datang dan ia pasti pergi..Dan aku tahu bagaimana nak mencegahnya. Harap2 benar. Menghalang agar aku tidak tersedut sama, sebab aku tahu pasti ada kecewa dihujung.
Macam belajar berenang. Lemas, terselamat dan akhirnya aku belajar dari situ, jangan pernah menyelam jika aku tak tahu caranya. Kini aku tahu cara berenang, maka adakah tidak akan lemas? Tidak semestinya. Manusia boleh terjatuh berkali2. Manusia boleh silap berkali2..Mungkin juga aku boleh lemas sekali lagi. Jadi adakah aku perlu menghindar dari menyelam?Jangan juga, kerana dengan menyelam aku dapat melihat keindahan di dasar yang ternyata lebih indah dari yang dilihat dipermukaan.
Kalau betul itu kesilapan aku, aku mohon maaf. Kalau betul aku yang membuat semua ini aku minta maaf juga. Kalau aku tersilap tafsir perasaan itu juga, aku minta maaf. Jangan pernah mengeji aku atau jangan menuduh aku perasan sebab semua orang pasti pernah melakukan kesilapan. Biar ini berakhir dengan aman di sini saja supaya aku tidak berasa janggal. Persahabatan memang indah bukan?
Aku hanyalah seorang perempuan yang lembut hati dan mudah tersentuh. Jadi perasaan itu sukar untuk aku tepis.
Terima kasih. Sungguh aku hampir tersedut dan lemas lagi.
P/s-Aku boleh je menukar entry ini dalam format yang sadis dan lawak. Tapi aku sedang dalam mood lembut hati dan sweet. Ini adalah aku yang jarang. Nanti bila dah tua aku baca balik, hopefully aku faham apa yang aku tulis di sini. Ternyata selain aneh dan lawak, aku juga pandai bermain kata-kata.huhu..

Hari ini
Thanks teman-teman sebab dah belajar Obgyn sama2!!dua hari berturut-turut boleh patah pinggang duduk bersila tu. Haha..Tapi best la, belajar Obgyn + melayan perangai masing2 = buat hidupku lagi indah. Sekarang ni banyak dah cover dengan korang, so nanti kena baca lagi sikit-sikit je.
Thanks juga kepada GCC sebab akhirnya kita semua keluar jugak beraktivitas bersama-sama waktu cuti ni. Hari tu nak main bowling tak jadi, lepastu Enab n Hana ajak pergi GI pun tak boleh nak pergi. Sori, sebab tak cukup budget.
Tapi malam ni, keluar jugak kita dari Tanjung Duren ni. Tq sebab dah mengembalikan selera aku yang tak berapa nak makan banyak baru2 ni. Mungkin sebab tak ke kelas, jadi tenaga pun tak perlu banyak sangat. Haha,jangan ingat aku diet pulak.
Buktinya, tadi aku makan nasi lemak, pastu nasi briyani ayam merah dengan teh tarik.(Eh banyak pulak duit kalau pasal makan..huhu)
Memang kenyang, tapi nafsu nak makan tu ada lagi. Haha, lepastu tengok Enab order nasi lagi, aku pun nak jugak. Tapi dah full ni.. Kemana harusku salurkan nafsu ini?haha..akhirnya pesan lagi murtabak daging untuk sarapan esok.
Emm,memang tak dapat disangkal lagi KLV memang tip top dalam menyediakan makanan malaysia yang enak2. Maka tidak hairanlah budak-budak malaysia sanggup menghabiskan uang beratus ribu rupiah semata-mata untuk mencicipi makanan di sana (ayat skema).
I love KL-Village!!
p/s-Ah, aku rindu kat suasana Kampung Daun di mlm hari. Bila lagi nak pergi Bandung??
-Tak boleh tidur sebab kenyang sangat.
-internet sangat tak ok..:(

Subscribe to:
Posts (Atom)