Tuesday, 30 December 2008

Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah.
Aku sedang sibuk belajar untuk ujian. Rehat ambil masa untuk menaip di sini.
Kalau di tv Malaysia mesti seminggu atau beberapa hari sebelumnya ada iklan2 atau siaran mengucapkan selamat tahun baru Islam kan?.

Tahun ni kurang sikit agaknya sebab ada suasana krismas dan tahun baru masihi. Mungkin kurang terasa sikit ye. Aku rasa la, walaupun tak ada kat Malaysia sekarang ni.huhu.
Selalunya sambutan Maal Hijrah ni banyak peringkat:

Sambutan peringkat Nasional-pagi2 kat tv rtm 1
Sambutan peringkat Negeri atau Daerah- ceramah2 agama atau forum2 kat dewan besar.
Sambutan peringkat sekolah- mesti ada kuiz dan kena tahu siapa tokoh maal hijrah tahun ni
Sambutan peringkat Taman Emas Kuning-kat masjid taman perumahan aku.

Selalunya RTM or spesifiknya tv 1 je yang rajin main lagu hijrah tu. Lagu yang aku, Aus n Lia nyanyi sama2.Dengan semangatnya.huhu

Satu Muharram detik permulaan , Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam, Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh.,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu, rela berkorban,harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan.. Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan.. Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu, mari semua, kita sambut Maal Hijrah.
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman-3x
Hijrah!!

Dan aku n adik beradik sibuk menyanyi sama2. Ni lirik yang aku ingat. Kalau salah tu memang dah nature aku nyanyi lagu lirik mesti tukar2. Tak boleh masuk program The Missing Lyrics ni.
Lagu ni sangat bersemangat. Aku suka. Tapi ayat dia keliru sikit. Bila budak2 tanya, bilakah tarikh hijrah nabi dan umat Islam ke kota Madinah? Aku dengan konfiden menjawab 1 Muharram.ye la sebab lagu ni.huhu..belakangan baru aku tahu Nabi berhijrah pada bulan Safar sebenarnya.

Pada 27 Safar tahun ke 14 kenabian. Pada 13/12 September 622M (buku Al-Rahiq al-Makhtum-Sheikh Syafiyyurrahman al-Mubarakfuri).Iaitu malam waktu Nabi mula keluar dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar sebelum sama-sama menuju ke Gua Tsur.
Penentuan tarikh hijrah kemudiannya diputuskan pada zaman khalifah Saidina Umar ibni al-Khattab pada tahun 17 hijrah berikutnya bertujuan mengingati peristiwa penting itu di samping untuk memudahkan urusan pentadbiran negara.

Beberapa cadangan telah dikemukakan pada beliau, ada yang mencadangkan tahun kelahiran Rasulullah, tarikh kebangkitannya menjadi Rasul dan ada pula yang mencadangkan tahun wafatnya.
Tetapi semua cadangan itu tidak dipersetujui oleh Saidina Umar kerana memandangkan hijrah adalah peristiwa yang terpenting di antara peristiwa-peristiwa lain sebagaimana katanya yang beraksud: Kita membuat tarikh dengan Hijrah Rasulullah s.a.w. kerana hijrahnya itu adalah perbezaan antara yang benar dengan yang batal.

-Al-Rahiq al-Makhtum- Oleh : Sheikh Syafiyyurrahman al-Mubarakfuri
-Dr. Badlihisham Nasir-Jabatan Dakwah, Fakulti Pendidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
-http://sirahonline.blogspot.com/2008/01/hijrah-ke-madinah.html

No comments: