Sunday, 28 December 2008

Perasaan

Perasaan sesuatu yang unik yang aku susah nak gambarkan.
Kalau perasaan tu boleh diekspresikan wajah baguslah.
Gembira, sedih, sengsara, bahagia..Wajah2 manusia.
Manusia bermain dengan perasaan.

Bagaimana kalau perasaan itu dapat dirasa, tapi akhirnya zahir tidak menepati apa yang dimahukan..
Bagaimana pula kalau perasaan itu ternyata telah jauh menyedut manusia ke dalamnya, Atau kalau tidak jauh pun mungkin baru bermain2 di sekitarnya.

Maka, apakah akhirnya kita yang akan merana atau kita yang akan rasa tertipu oleh perasaan tersebut.
Atau adakah kita akan menyalahkan orang lain atas kesalahan tersebut? atau kita menerima itu sebagai kesilapan kita terlanjur bermain perasaan? Sungguh aku tidak tahu. Terserahlah pada masing2 diri untuk menilainya bagaimana.

Aku pernah ditenggelamkan oleh perasaan sejenis ini dan aku sukar sekali mengatasinya. Tapi aku tahu, ia datang dan ia pasti pergi..Dan aku tahu bagaimana nak mencegahnya. Harap2 benar. Menghalang agar aku tidak tersedut sama, sebab aku tahu pasti ada kecewa dihujung.

Macam belajar berenang. Lemas, terselamat dan akhirnya aku belajar dari situ, jangan pernah menyelam jika aku tak tahu caranya. Kini aku tahu cara berenang, maka adakah tidak akan lemas? Tidak semestinya. Manusia boleh terjatuh berkali2. Manusia boleh silap berkali2..Mungkin juga aku boleh lemas sekali lagi. Jadi adakah aku perlu menghindar dari menyelam?Jangan juga, kerana dengan menyelam aku dapat melihat keindahan di dasar yang ternyata lebih indah dari yang dilihat dipermukaan.

Kalau betul itu kesilapan aku, aku mohon maaf. Kalau betul aku yang membuat semua ini aku minta maaf juga. Kalau aku tersilap tafsir perasaan itu juga, aku minta maaf. Jangan pernah mengeji aku atau jangan menuduh aku perasan sebab semua orang pasti pernah melakukan kesilapan. Biar ini berakhir dengan aman di sini saja supaya aku tidak berasa janggal. Persahabatan memang indah bukan?

Aku hanyalah seorang perempuan yang lembut hati dan mudah tersentuh. Jadi perasaan itu sukar untuk aku tepis.

Terima kasih. Sungguh aku hampir tersedut dan lemas lagi.



P/s-Aku boleh je menukar entry ini dalam format yang sadis dan lawak. Tapi aku sedang dalam mood lembut hati dan sweet. Ini adalah aku yang jarang. Nanti bila dah tua aku baca balik, hopefully aku faham apa yang aku tulis di sini. Ternyata selain aneh dan lawak, aku juga pandai bermain kata-kata.huhu..

2 comments:

hikayat aku dan mereka said...

sweet post... kata-kata yg senang difahami..

harap awak akan tetap berani mencuba menyelam utk melihat laut dlm walau ada risiko utk lemas.. anda faham maksud saya,kan?

Kerana mungkin suatu hari nanti anda akan menyesal kerana tidak pernah mencuba..

take care.. bye..

Anonymous said...

Huhu..awk senang faham sebab blog awk lagi hebat ayat dia huhu.

saya faham maksud awk.
baiklah saya tidak akan serik menyelam lagi.

baru melihat dasar kolam renang yang kosong pun saya dah kagum, nikan pulak menyelam di laut sebenar..
ahh, kepingin mahu ambil lesen menyelam.boleh pergi tempat best