Zaman dulu-dulu pergi sekolah selalunya budak perempuan bawak sapu tangan. Macam2 warna dan corak.Bila naik sekolah menengah dah besar sikit mula belajar pakai tisu..
Kalau sekarang ni..budak sekolah rendah pun dah pakai tisu. Senang kan. Lepas pakai, buang.
Dulu, tisu tu macam membazir je.Mahal. Pakai sapu tangan, boleh basuh bila balik rumah. Mak basuh. Tak keluar duit. Tapi sekarang, tisu yang dah naik harga pun tak kisah nak beli.
Dulu alasan tak pakai tisu sebab kesian kat pokok2 yang kena tebang untuk dijadikan tisu. Sekarang alasan pakai tisu sebab pakai sapu tangan tak higenik (mcm ni ke eja?)
“ish, i rasa pakai sapu tangan macam pengotor la, tissue boleh buang terus”
“kalau lap muka banyak2 kali boleh jerawat”
“Aku kalau mekap nak pergi kelas, 4 tisu aku guna paling kurang. 1 lepas pakai mosturizer, 2 lepas pakai foundation,pakai bedak semua.. Last sekali lepas pakai lipstik. Saja nak tengok corak bibir aku..”
Aku dah lama tak pakai sapu tangan. Sekarang ni main tisu je..
Bila demam + selsema berhingus macam ni, tengok gumpalan2 tisu yang aku hasilkan..terasa membazir pulak.
Kesian pulak kat pokok2 yang menjadi korban.
Terasa berdosa pada anak2 dan kehidupan yang akan datang. Huaa..
Biasalah, semua orang mesti ada kesedaran tapi nak jalankan tindakan tu belum tentu. Mode hari ni: Kebersihan vs Kesedaran alam. Huhu..
Konflik yang agak berat pulak melanda aku di hari minggu yang indah ini.
World’s hour bukan main lagi ajak2 orang. Kempen sana sini. Ni yang berkodi2 tisu ni tak ke pembaziran. Kadang2 benda2 kecil kita tak nampak. Biasa la, macam kuman depan mata tak nampak, kera di hutan disusukan. (Huhu..gabung2 sikit baru la moden..)
Untuk mengurangkan rasa bersalah aku buang gumpalan2 tisu tersebut dari pandangan dan pakai sapu tangan hari ni. Ye la bukan nak pergi mana-mana pun duduk rumah je..
Apa pun pilihan di tangan kita sendiri...Walaupun nampak kecil tapi aku harap kesedaran aku hari ni, menyamai dengan usaha menyelamatkan paling tak suku batang pokok..
*Dulu masa tahun 1999/2000 ada geng budak perempuan buat trend sangkut towel kecik kat bahu.(macam mamak roti canai tu).
Ada ke kat sekolah lain? Budak2 SAAS Kajang je kot..haha..rindu la kat korang..
7 comments:
tisu bukan daripada pokok kapas ke?
kalau salah tolong betulkan.
hehe.
pokok kapas..?
untuk benda2 lembut macam kain ye la pakai kapas..
lagipun ada banyak jenis tisu..
toilet paper(kasar sikit), tisu muka 2ply(lembut untuk muka,lap hingus dll)..
wet tissue,sterile tissue..
roti tisu :),tisu meja makan..
ada juga facial cotton..yang ni la kot yang ada pakai kapas..
untuk tanggalkan mekap..
untuk penjelasan lanjut sila tanya mak, kakak atau awek anda.tq
ok2. hehe.
tapi awek tu tiada. hek hek hek.
oh silap.
adakah tu ayat iklan promosi diri?
mr.hafis poyo lar. saya zaman-zaman selekeh dulu lap kat baju sekolah ja. rilek.. hahahah..
yg sangkut towel kecik penah jadi trend budak cina skul aku dulu..
budak laki2 yang ayu2 pun tejangkit trend tu.
haha
mr carl-budak laki kalau gitu baru nampak macho masa zaman tu..haha
vida-oh budak cina ke..kat sekolah dulu budak melayu..tak tau le mana diorang mengadopt teknologi tu...
Post a Comment