Sunday, 21 December 2008

Aku adikmu,dan engkau abang..

Indonesia merupakan negara yang kaya dengan hasil bumi maupun hasil budaya yang masih utuh dipertahankan sehingga sekarang.Tidak hairanlah kerana Indonesia ni pun memang besar dan mewakili pelbagai kaum dan warna kulit.

Indonesia dan Malaysia mempunyai sejarahnya tersendiri dan kita tidak dapat menafikan kebanyakan orang Malaysia juga ramai yang datang dari negara seberang.Indonesia ibarat si abang dan malaysia ibarat si adik..

Kenyataannya:kita berasal dari rumpun yang serupa,dengan bahasa yang hampir sama(bahasa hampir sama dengan orang di pulau sumatera) dan ada kemungkinan berkongsi budaya yang hampir sama..Ini kerana adanya orang yang masih kental mempertahankan adat budaya dan cara hidup dari mana tempat dia berasal..(kagum).
Maka di sinilah,kerana sejarah perpindahan orang ke Tanah Melayulah,(orang Indonesia yang berpindah),dan kerana mempertahankan adat merekalah YANG menyebabkan Malaysia mempunyai kesamaan yang hampir dengan Indonesia.

Aku berceramah sebegini sebab aku geram sekali apabila sedang mencari lagu2 di youtube,ada saja komen yang menuduh orang Malaysia begitu,Malaysia begini..Malingsia..Ish..tolonglah..Pada aku kita derivat diorang..Malaysia ni campur2..ada dari arab,china,indonesia,india...semua ada..aku sendiri nenek moyang ayah dari arab..n nenek dari tibet kot..belah mak pulak kental dengan jawa dan banjar haha..Malaysia truly Asia..nyanyi sikit..

Tapi kenyataannya mereka tidak menganggap kita serumpun malah menuduh kita mencuri hasil budaya negara mereka..Sedihlah macam ni..Kesian la nenek moyang kepada orang Malaysia sebab tak dianggap berasal dari sana.
Mereka mengclaim batik, tarian2(kuda kepang, zapin,sumazau: tarian tradisional yang kita agung2kan tu) dan pelbagai lagi adalah hak mereka..

Aku belum pernah sampai ke Bali (bulan 3 tak jadi pergi).Tapi ada satu tarian di sana yang sama dengan tarian dari China dan India..(Tarian yang banyak tangan tu,aku tengok kat persembahan pembukaan sukan Olimpik-Beijing).Tak pulak dikata meniru.Ye aku faham sebab agama Hindu di Bali..itu mungkin tarian keagamaan yang dibawa secara turun temurun dari China dan India ke sana..(mcm tu jugak budaya Indonesia yg dibawa ke malaysia)
JAdi bolehkah Indonesia diclaim mengambil hak budaya orang?Sebab aku tengok macam dah terlebih promosi pulak kat tv..China or India, sila tuntut hak anda!! Emosi sekali aku ye.

Bagaimana pula dengan lagu dangdut?Kita meniru mereka or orang mereka yang bawa?(just menyebut nama Iwan n penyanyi Malaysia Amelina) atau MEreka meniru lagu2 dari India yang penuh dengan bunyi gendang tu?haha..

Atau yang terbaru lahirnya kumpulan2 muzik yang meniru lagu2 dari jepun dan memainkan dalam bahasa Indonesia.org mereka bangga sekali dengan hasil karya mereka sampai kalau mereka meniru pun takpe.ke,tak sedar sebenarnya? contohnya lagu kepompong-Sindentosca,kump J-Rock..D'Massive juga condong ke Barat..Kekasih yang tak dianggap-pingkan mambo dan kump kertas mcm lagu Korea..Inikah yang mereka banggakan?
Lagi mau kata kita je tiru lagu diorang??Aku suka je lagu2 ni tak kisah la tiru atau apa asalkan ada usaha dilakukan..Dengan anggapan muzik itu universal dan mengambil inspirasi dari kump yang drg minat,bagi aku itu kreatif.

MAcam mana pulak band2 yang baru muncul sekarang?yang keluar dengan lagu rock kapak,cintan cintun(macam lagu Malaysia 90an..Spring,Slam dll).Lagu tangkap leleh
macam kumpulan ST12 tu?(lain2 tak ingat).IRwan Shah pulak sekarang dengan lagu Camelia dan kutunggu jandamu( suara Tomok-Newboys).Haha..ironi sekali..

Kalau bercakap bab meniru ni lagi satu:slogan Malaysia boleh..Indonesia baru je lancarkan slogan Indonesia Bisa..(Termasuk Barack Obama dengan slogan beliau:Yes,we can!!..)
Memang nampak simple tapi meniru le juga.. Aku bersangka baik je.bagus sebab mereka mengambil semangat dan contoh yang baik dari negara kita.

Silalah tolong mengerti sejarah..lihatlah definisi BUDAYA itu apa.Sila rajin bukak buku.tapi orang sekarang memang kurang faham.Terlalu gentar dengan persaingan dari negara luar sehingga ada saja benda yang nak dijadikan isu..Budaya dengki mendengki dah jadi amalan mulia.
Yang aku hairan dengan Singapore or Brunei tak pulak drg dengki.Padahal 2 negara tu lagi maju n makmur.Just Malaysia..Haha..thats why i love Malaysia..

Indonesia bagaikan si abang yang tidak senang melihat si adik lebih mewah,lebih maju dan lebih macam2 lagi..huhu..Indonesia mengertilah,we are part of u..entry ini sungguh dalam keadaan emosi..salah silap harap dibetulkan..

7 comments:

mr. hafis said...

saya tidak pedulikan kata mereka. Seperti kata pepatah "anjing yang menyalak dikaki bukit, bukit tetap teguh". Nampak kasar la pepatah ini.

Anonymous said...

Sewajarnya orang INDON - SEDAR DIRI !

Semangat ORANG INDON menentang Malaysia adalah lebih teruk dari semangat ORANG INDON menentang orang lain.

syrup said...

indahnya dunia kalau saya boleh dengan senangnya tidak mengendahkan diorang..
dia macam cikgu yang mengajar kat class.bila murid2 tak paham..kena terangkan byk2 kali sampai paham..still yang tak paham tu,cikgu kena terangkan lagi

mr. hafis said...

cikgu yang tak faham apa yang diajar ataupun murid-murid?

syrup said...

Abang Long
Ye.Itu boleh dikatakan betul.

mr.hafis
huhu..cikgu paham ikut gaya dia..
nk terangkan pulak kat murid2 yg ada pemahaman mcm lain..
(ada kawan yg dulu saya kena ajarkan Math,sekarang jadi cikgu Math..Hopefully dia dah master betul2 apa g dia tak tahu dulu..huhu)

Anasir said...

yang paling aku tak tahan..band indon tu dah la tiru lagu band dari barat, jepun, etc..tapi ada gak band malaysia yang nak jadi band indon..pelik sungguh..

Anonymous said...

tu la..sebab org Malaysia dah terlalu byk didengarkan ngn lagu indon kt radio2.
so org kita pun nk le wat lagu cmtu gak.market tgh laku