Akhirnya habis jugak daging kambing korban tu.Tak sanggup lagi nak tengok dia lama2 dalam freezer. Memang orang kat rumah ni tak makan sangat pun daging kambing. Ini satu cabaran la bagi aku untuk memasak (menghilangkan rasa kambing).
Lama jugak aku search dalam internet apa saja yang boleh dibuat dengan daging kambing ni. Sebab aku memang tak suka makan kambing dan kat rumah pun memang tak pernah masak kambing so aku kenalah cari idea supaya daging kambing ni dapat menjadi menarik. (buat tukang makan dan tukang masak)
Terima kasih kepada Aai sebab menguruskan bahagian tulang kambing untuk dibuat sup walaupun terpaksa memanggil Fikri dan KC untuk memotong tulang2 tersebut.
Aku pulak uruskan bahagian daging untuk dibuat kari tapi ternyata bukan suatu hal yang mudah untuk menghilangkan bau kambing yang kuat..Tepung,asam jawa,asam keeping,limau kasturi, semua ada.
Untuk mengcover rasa kari kambing, aku masak la nasik minyak. Kalau nasi biasa nanti terlebih feel kambing pulak. Hati daging yang tak tahu nak dimakan macam mana aku masak saja dengan sayur campur.
Haha..dengan usahasama 2 kambing dan seorang aku,(Aai n Fadzi la kambing-sebab belum mandi pagi), jadilah menu makan tengahari yang enak.Tadaa!!
Menu makan siang
Nasi minyak
Sup tulang kambing
Kari kambing
Telur dadar
Sayur campur dengan hati kambing
Sambal kicap
Air teh
Kenyang jugak la sembilan perut kat rumah ni makan daging kambing yang banyak tu. Siap boleh hantar rumah boys sekali. Alhamdulillah..Ada rezeki boleh bagi2..
Lain kali kalau korban tak nak kambing lagi, daging lembu sudah...
Thanks kepada enab-atas kismisnya dan kepada sheh-halia, daun pandan.
Kepada lain2 juga yang tukang makan dan tukang basuh pinggan.haha..Tanpa adanya GCC sekalian, tidak bergerak2 le daging tersebut dari freezer.
Penat sekali,mahu tidur setelah kenyang~~
6 comments:
saya tidak boleh makan kambing. Mesti sakit kepala. Tak tahu kenapa.
tu disebabkan oleh kerana daging kambing mempunyai konsentrasi lemak dan kolestrol selain dari pemakanan yg dalam jangkaan yg panjang kebiasaanya akan memekatkan darah yang dapat menyumbat pembuluh darah penis..Penis?!!..
Itu adalah mitos daging kambing. Ada yg berpendapat bahawa daging kambing dapat membangkitkan keghairahan lelaki. Namun kajian dilakukan yg berpendapat bahawa daging kambing sebenarnya boleh mengancam potensi seks lelaki. Jika kerap diambil secara berlebihan. Tapi jika dikaji secara ilmuan lah. Kalau mengikut kepercayaan sejarah nenek moyang terhadap daging kambing dan mitosnya ianya memang banyak membangkitkan nafsu seks lelaki.
haha.tu pasal takleh nak makan tu.ni pon dah ada org ngadu sakit kepala.
daging kambing bersifat panas n ada hubungan ngn meningkatkan tekanan darah(pertambahan hemoglobin)tu yang sebab pening.
tapi kata orang tua,bila kita nak masak daging2 ni mesti nak kena banyak pkai garam,sebab nak sedap.Garam yang banyak tu la yang sebabkan high blood pressure.Tu yang sakit kepala.
adoi CJ lagi cepat komen la!
Bukan menyumbat darah kat penis je..menyumbat gak kat arteri2 kecik..yg besar pon boleh tapi lama sikit la.kena menyumbat banyak2 dulu
haha... tak penah makan kambing dgn sengaja... tak sengaja je penah.. tak suka..
Bestnya masak n makan ramai2..
hehe.daging korban.nak kasi kat jiran2 semua tak makan daging kambing huhuhu.
mkn ramai2,adat tinggal serumah.kena le pandai2 bwk diri.
Post a Comment