Monday, 22 December 2008

otak beku sebab cuti

Sungguh aku dah mula runsing dengan aktiviti sehari-hari yang tidak berbuat apa-apa ni.
Mungkin dah terbiasa sibuk dengan kelas dan exam membuat aku berasa canggung apabila badan ni tak bergerak ke mana-mana. Sekadar berlegar2 dari bilik ke ruang tamu, keluar pergi Tomang Tol kalau bosan pergi IndoMart.Berjalan santai dan tengok tv berjam2.Aku dah terasa otak kosong.

Nak berjalan tentulah guna duit.Duit memang ngam2 sampai 20January ni.Nak belanja lebih2 lari bajet. Nak mintak kat ayah,kesian pulak dah nak start sekolah.Mesti budak sekolah nak pakai duit. Nasib aku dah simpan awal2 duit kitas,erep n tambang taxi ke airport.Ye jangan lupa nak beli telekung mak kat Tanah Abang.1-2ratus ribu dah boleh dapat yang ok.untuk mak kena cari yang baik sikit.

Aku perlukan udara segar.Kalau setakat pergi 2-3 tempat untuk bermain2 tu mungkin ada sedikit bajet. Mau ice skating, orang lain tak berapa boleh nak berdiri lagi.Tak best la aku sorang je enjoy. Bowling macam menarik. Tapi tak ramai yang nak main.

Haa..tak kira lah apa pun, yang penting aku kena enjoy puas2 sebelum minggu depan.banyak exam menanti dan aku malas sekali nak bukak buku sekarang.Discussion Obgyn Khamis ni masih tak berbuat apa2 lagi. Nak present apa pun tak ready lagi.Ohh..

Desember
24-Bowling(girl’s nite out)
25-Discussion Obgyn
28-30-Nadwah+Reflexology

Januari
7-Ujian Obgyn
10-Ujian Bedah
12-Uj.Radiology-Dr Surjadi
13-Uj.Radiology-Dr David
-Uj. Jiwa
14-Uj ENT
16-Uj.IPD
20-PULANG MALAYSIA!!yeay..

12 comments:

mr. hafis said...

20hb pulang malaysia?planning untuk berjumpa saya ada?

syrup said...

Masih belum planning apa-apa untuk cuti lagi.
Mau mengajak ke?

mr. hafis said...

saya sentiasa di ibu kota.

syrup said...

ok.jauhnya

hikayat aku dan mereka said...

bestnya..

syrup said...

ape yang bestnya hikayat a&m?
huhu..tp memang best!!
homesick sudah...

mr. hafis said...

sememangnya semenanjung ini begitu kecil jika nak dibandingkan dengan indonesia. Jauh bukan alasan. hehe.

syrup said...

huhu..emm
saya dok utara la..
ok kalau mau melawat perak dtg la
dijemput

mr. hafis said...

saya menjemput anda untuk menghabiskan cuti di kuala lumpur. Bagaimana?

syrup said...

terima kasih menjemput..
kalau ke kl nti tak tahu nak stay mana plak.satu hal.
lebih baik sy habiskan cuti di kampung je..
relax2 kat taman tasik..huhu..

mr. hafis said...

berguna kuala lumpur mempunyai hotel. Dan komuter sudah membuat perjalanan terus ke ipoh setiap hari. Haaa

syrup said...

oyeke?huhu..
bole la tu..