Cam biasa la..patutnya pagi raya solat kat embassy..tapi kali ni raya kat masjid nurul hikmah je..ala bukan jauh depan umah je..lagipun malas nak pergi kedutaan..banyak reasonnyer..
1. ujian IPD la aper lagik..penat belajar banyak betul ni tak tipu..huwaa
2. bakal menelan belanja kira2 rm 20(pergi je)
3. bagi can le kat budak2 batch 2008 nak beramah mesra dengan orang kedutaan..biar diorang saling mengenali le kan..lama nak dok sini..
4. biasanya makanan kat embassy ni tak cukup untuk student yg makin meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun ni..dulu masa aku first year siap boleh tambah dua pinggan..mulai 2nd year la sebab tak cukup food student pun malas pergi..bila student tak pergi...ada la baki makanan..bila nak tapaw ditegur pula kakak2 n makcik2 embassy tu..so ramai ler terkecil hati..
ah,pokoknya alasan utama ialah kena study IPD haha..lain2 tu saje jer buat2 alasan..patutnya hari raya la nak berjumpa org2 kat kedutaan,saling kenal mengenal..orang kata tak kenal maka tak cinta,kalau dah mesra n kenal tak timbul sebarang masalah miss com pasal x cukup food haha..
ni bukan nak cerita alasan tak pergi embassy jer..nak cerita jugak betapa hari raya dah makin kurang meriah..raya puasa hari tu pun tak terasa dah..emm..adakah sebab dah besar so raya terasa tak de apa2 macam zaman kecik2 dulu..??boleh jalan2 raya(tak kesah rumah sape) dapat duit raya,main bunga api...
mungkin jugak..n mungkin sebab dok jauh from family?emm..ingat pagi tadi aku lepak2 ngn aai kat living room..sambil dengar takbir lepas solat..tak tahu nak buat apa pada hari raya..dengan rumah bersepah..ada yang belum bangun lagi..haha..
tiba2 ada orang bagi salam..rupanya Fathul ngn Fikri..diorang ni main redah je datang..expect rumah budak pompuan sure ada buat masak2..yer memang umah ktrg umah pompuan..tapi ktrg sangat takder mood raya hari ni..takde mood masak,kemas rumah atau mood mahu mandi(referring to aai..bukan aku..aku dah mandi sunat hari raya taw huhu..)
dah orang datang takkan kita nak halau,so jemput la drg masuk n masakkan drg roti telur..sian pagi2 lapar..ish2..
lepas drg balik..ktrg pun pergi tengok sembelihan lembu n kambing..ramai jugak budak2 junior yang ambil bahagian dalam korban ni...yang uruskan melapah2 n urusetia pun budak laki malaysia..yang budak pompuan nengok2 je le tepi khemah tu(abis tu nak buat apa lg hehe)..baguslah,kita kena mingle ngn masyarakat..bukan dok menyendiri jer..bersatu kita teguh bercerai kita roboh..huhu..dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung...
kambing putih yang manja
lembu yang dikatakan menangis masa org bertakbir..
junior yang try nak bermanja ngn kambing(sebok je nak tiru aku posing camtuh)
No comments:
Post a Comment