Thursday, 25 December 2008

aku mahu pulang

Aku gembira sekali cuti kali ini.Walaupun bakal dihimpit dengan pelbagai exam selepasnya, aku tetap puas. Sebabnya budak2 yang bakal merayakan krismas akan merasakan bagaimana rasanya cuti yang sekejap. Walaupun cuti 2 minggu, tapi dengan adanya exam berturut2 pasti akan membuatkan mereka cuak juga nak enjoy2 di hari krismas mereka.haha.

Cuti aidilfitri hari tu, cuma 4 hari saja dan cuti aidiladha pula cuma sehari. Setelah itu exam. Tidak cukup belajar lagi rasanya dan masih dalam mood sedih2 raya. Pun begitu aku tetap bersyukur, sekurang2nya aku tidak seperti kawan2 di India,Russia,Australia or Ireland yang terpaksa berada di meja peperiksaan pada pagi raya. Sungguh menyedihkan. Aku simpati pada nasib mereka, namun itulah nasib sebagai orang perantau.

Mengingatkan dah 3 tahun tak beraya di rumah membuat aku sedih. Emm, tapi taklah sedih sangat, raya je yang tak boleh balik.Paling2 habis semester mesti balik. AirAsia mesti ada promosi punya. Kalau MAS yang lebih murah, baik ambil MAS je.Ada makanan atas flight. Tak sabarnya nak balik..emm..homesick dah ni..Ah,sudah melalut..

Sebagai sebuah universitas yang majoritinya Kristian, sudah tentulah yang meriahnya adalah pada cuti krismas mereka ini. Dan cuti agak panjang juga, hampir 2 minggu..Kalau aku, seminggu ni enjoy dulu..tengok movie(tropic thunder n twillight best la),tengok heroes,house,grey’s anatomy,betty n citer jepun korea yang best. Layan tv pulak,dari maghrib sampai malam. Layan blog2, loncat sana sini..Ahh, indahnya dunia sementara..

Kalau budak2 Kristian ni, macam mana drg sambut cuti tak tahu la pulak aku. Buat persiapan krismas la agaknya. Masak2 kuih ke,gantung stokin banyak2 ke,ntah..aku pun tak pasti. Ramai kawan sekelas aku tak balik cuti ni. Sebab jauh. Ada yang duduk Kalimantan, Sumatera, apetah lagi yang kampung di Papua atau Ambon..kesian,datang jauh2 belajar..(Budak Malaysia lagi kerap balik kampung dari drg ni).

Mungkin je diorang pergi gereja or duduk rumah kawan2 or sedara mara terdekat. Tak tahu la. Takkan aku nak ikut kot haha.Tapi ada acara la kat kampus. Meriah jugak la bak kata mereka. Ceramah,nyanyi2 dan hias pokok krismas. Ada jugak pertandingan pokok krismas tercantik antara batch. Ni kawan aku anjurkan. Semangat betul aku nengok drg hias pokok krismas dengan kapas2..konon salji la..Indonesia takde salji kan,kena la pkai kapas..Sebelum cuti haritu, sempat la wish diorang ni Happy Holiday. Aku tak la wish Krismas..
Batch aku

Semangatnya budak kelas aku

Batch 2006
Batch 2007 (yang menang)

Batch 2008 (apekah ni?kempen kitar semula ke?enabOn dipaksa bergambar di situ)

12 comments:

mr. hafis said...

mananya gambar anda?

syrup said...

haha..pokok tak cantik tak nak amek gamba dengan mereka

mr. hafis said...

nasib baik saya cantik. Maka bolehlah ambil gambar dengan saya ya?

syrup said...

mr hafis..jangan buat lawak pondan di sini..nak tergelak tau..hahahahahhaha

hikayat aku dan mereka said...

haha.. lawak pondan.. kelakar la..

syrup said...

tu ler..sebab dia perasan cantik..
tu yg klaka tuh

mr. hafis said...

laa. Saya tak cukup cantik ke?

syrup said...

haha..ape la..
mr hafis laki pkai hensem la pompuan pkai word cantik

mr. hafis said...

laa. Saya hensem rupanya. Terima kasih.

syrup said...

huh..sungguh perasan sekali yeh..
asalkan anda bahagia sudah..
huhu

mr. hafis said...

gurau-gurau tatkala cuti yang panjang sampai tak tahu nak buat apa sampai ke sudah.

syrup said...

meaning?saya ke?