Minggu ni, sibuk dengan pelbagai urusan, sampaikan aku terlupa nak bagi makan marmot2 kesayangan aku. Kesian Kochi dan Mumu, dilupakan.
Bila terfikir balik, aku tak pernah terniat pun nak pelihara budak berdua ni. Tak kenal pun spesies apa. Tiba2 terasa comel dan ingin membela. Tak pe lah sekurang2nya, aku pernah la ada pengalaman dalam ilmu bela membela haiwan.
Memang la aku suka kucing, tapi tak pernah dapat nak bela. Mak akan bagi bermacam alasan, tinggal rumah flat la, susah nak jaga la, berak merata2 la..
“Mak kita kan dah pindah rumah teres, boleh bela kucing tak?Kita buat la kandang, macam rumah ayam tu”
Tak boleh mak jawab. Kenapa?
“Pergi cipta ubat yang bila kucing makan, taik dia keluar tak bau busuk”
Aku terdiam. Kalau Ayong cipta, mak bagi bela ke?
Tak menjawab. Aku berlalu dengan hampa.
Jadi aku pun tak la bersemangat sangat nak mencipta ubat tersebut (macam senang je). Eleh, kalau dah cipta pun, memang la tak berbau, tapi siapa jugak yang susah nak cari mana2 yang tersembunyi tu? Tuhan memang dah ciptakan satu2 benda tu ada hikmahnya.huhu..
Aku dengan adik2 memang sepakat geli benda2 kotor ni, main kucing boleh la. Kalau bersih2 surrender awal. Cabut la apa lagi..suruh orang lain buat. Jadi nak tak nak mak la kena bersihkan.
Bahaya jugak ni, kalau kucing yang aku bela berak merata2 dan tidak berbau (sebab makan ubat tu) , habis la rumah aku penuh dengan feses2 mereka. Sebab mak aku pun tak tahu kat mana kucing tu dah melabur..(ye la, dah takde bau.apa nak kisah)
Tapi tu la, kalau mak aku janji boleh bela, mesti aku dah berjaya cipta ubat tu. aku akan jadi kaya la macam cerita kat tv (yang dia hilangkan sampah pakai spray tu).
Tapikan, instead of buat taik kucing tu sendiri tak berbau, macam mana kalau aku buat mak aku yang tak dapat bau..?
Kiranya mengganggu organ penciuman dia la (baca:organ penghidu). Hilangkan sensor bau terhadap taik kucing. Haha tak pasal pulak mak aku yang kena makan ubat sebab aku nak bela kucing. Wah, angan2 yang aneh di tengah malam pula..ngantuk..
3 comments:
suka sgt kucing...! dan sbb suka,kene la kemas jugak najis mereka... tapi tak kisah la.. sbb syg mereka.. suka tgk mereka. kdg2 rassa mcm diorang faham apa yg kita rasa.. mereka manja2 pun kita boleh happy... hehe.. klu berjaya cipta ubat.. saya mau! hehe..
LOL! lucu sich!
hikayat-suka main kucing,comel kan?tapi tak nak buang taik drg..huhu..
syam ahmed-lucu dan imoet
Post a Comment