Saturday, 10 January 2009

Si ikan belacak

Masa sekolah rendah dulu, cikgu pernah cerita pasal seorang pemuda yang menolong seekor ikan belacak.

Alkisahnya, pemuda tersebut terjumpa seekor ikan yang tersesat di daratan dalam keadaan tercungap2. Pemuda tersebut pun mengembalikan ikan tersebut ke dalam sungai sambil berkata
“Wahai ikan belacak, sebabkan aku dah tolong kau, kau doakanlah aku dapat 5A dalam UPSR nanti”

Akhirnya pemuda tersebut dapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya. Moral cerita ni, kita kenalah buat baik kepada haiwan lain, sebab dia akan berterima kasih dengan mendoakan kita..Pesan cikgu tersebut.



"ikan belacak tu apa cikgu?" Tanya seorang murid bernama mohd syawalil.."ikan belacak tu...bla..bla..

Malas aku nak sambung. Tapi tu la inti cerita ni..memang betul2 meninggalkan kesan kepada aku pada masa tu.

Aku sebagai murid yang patuh pun, berjanji takkan menyeksa haiwan lagi. Aku nak buat baik sebab aku nak banyak A. Kalau banyak A nanti ayah beli jam tangan, rollerblade dan skateboard yang baru. Yang ada dah buruk. Bila dah ada yang baru,yang buruk boleh bagi adik.

Dengan itu, aku berjanji takkan tangkap pepatung dan cucuk batang rumput dalam perut dia atau baling selipar kat sarang burung layang2, atau curi telur burung punai kat atas pokok. Atau tarik ekor rabbit yang uncle Sathia bela. Dan atau yang lain2..
Malah aku sanggup tolong lepaskan burung2 murai batu ayah yang ayah bela dalam sangkar cantik, buang semua ulat2 yang jadi makanan burung dan hidang ayam goreng yang mak baru masak kat kucing jiran.Aku minta diorang semua doa supaya aku berjaya dalam peperiksaan.

Memang akhirnya ujian akhir tahun darjah 4 aku cemerlang. Aku percaya ni hasil doa haiwan2 yang aku tolong tersebut. Dan aku dapat hadiah duit je. Ayah kata semua benda2 yang aku nak tu boleh pakai lagi. Kongsi je dengan adik.

Masa darjah 5 aku tanya cikgu kebenaran cerita tu. Ternyata cikgu cuma nak suruh anak murid dia jadi baik je. Dan cerita tu rekaan cikgu sebab sebelum masuk kelas waktu tu, cikgu nampak 2 orang budak lelaki tengah sepak2 kucing.

Jadi apa hubungan cerita masa silam aku dengan ujian yang aku tak boleh jawab tadi???
Ahh..tension...Adakah aku dah buat jahat kat Mumu dan Kochi??Ohh..tkde2..korang tetap tak boleh makan ayam goreng..Korang bukan karnivor!!


Mumu & Kochi

20 comments:

hikayat aku dan mereka said...

comeynya citer ni.. hehe... mumu & kochi pun comey...

Anonymous said...

mumu dan kochi yang banyak makan..
bulat semacam je dua2 ketul ni..

mr. hafis said...

apa tu? hamster ke?

syrup said...

Ni tikus belanda/guinea pig/marmot/arkus..
macam-macam nama la.Tapi saya panggil Kochi,Mumu..
Comel kan?

pink_butterfly said...

haha...lawak la..
hidang ayam kat kucing?baiknya...=p

Unknown said...

hm...betul jugak...tapi sebenarnye memang binantang akan berterima kasih kat kite kalau kite buat baik kat die...contohnya cite pelacur dengan anjing...nnt saya akan cite kan dalam blog...tunggu kemunculannya...hahaha

Anonymous said...

pink butterfly-masa kecik2 je..huhu
bean-aah ye pernah jugak dengar cerita tu..cepat la type..

apek terror said...

itu ikan berwajah hodoh la...hanya tau melompat...ia boleh mkan gua tau ok..

jo said...

anjing depan umah aku selalu je menyalak..angry betul aku...moto lalu menyalak, beskal lalu menyalak, keta lalu menyalak...kdg2 xde sape lalu pon die menyalak...patutkh aku sembelih aje anjing itu...?

merayau2 sekejap...
salam perkenalan..

syrup said...

apek terror-aah..tak tahu apa kegunaan ikan belacak?boleh buat ubat ke?

joe-salam perkenalan.
takde siapa lalu dia menyalak??emm,ada hantu ke..
jangan sembelih,tak boleh makan pun..

ijan said...

aku nk bela nyamuk la. nnt dapat naik gaji...

Anonymous said...

lepas ni aku nak buat highway untuk lipas2 kat rumah supaya x lari merata! Papan tanda di tepi highway tu adalah ayat2 doa untuk aku. boleh dok?

syrup said...
This comment has been removed by the author.
syrup said...
This comment has been removed by the author.
syrup said...

sultan-nyamuk hisap darah.nyamuk betina la. Tak payah susah2beli stok makanan nyamuk tu..pandai2..

hidemichimomotani-
haha..pesal semua nak bela hewan yang aneh2 ni..hua..
tapi idea yang bagus tu. Menjaga kebajikan lipas2 dirumah..senang nak bawak anak bini balik kampung..oh ye..tapi kalau highway tak bagus..diorang kutuk tak?

Unknown said...

hehehe...bela lipas...ko boleh bukak sarkis sebab lipas dah boleh terbang

syrup said...

wei..jangan main2..lipas terbang banyak kat indon ni tau...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

huh...aku tak seksa menatang...aku makan terus je....(yg halal je la..)

Sub said...

sekuntum bunga ros untuk kamu di belog saya:)

syrup said...

aku pentoi-makan tenggiling tak?
sub-kena pegi blog kamu ye..?mahu..