Monday, 5 January 2009

Cinta hanya sementara

Hari ini memang mengejutkan, pagi2 dah menerima berita Coco mati kena gigit dengan anjing. Bonding antara budak rumah ni dengan Coco memang kuat. Terutamanya aku dengan Sheh. Kami macam kembar yang sukakan kucing. Kematian Coco adalah suatu benda yang tragis bagi kami berdua, walaupun kami bukan pemiliknya.

Terima kasih Faiz sebab selalu bawak Coco main kat rumah ni.. Betul kata orang, benda yang kita sayang selalunya cepat pergi meninggalkan kita. Memang Coco lebih manja dan pandai menarik hati orang berbanding kucing2 lain yang tak layan orang sangat. Sedih tapi can get over it, perlahan2. Daripada Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali. RIP yah Coco.

Petangnya, sekali lagi berita gempar, bila sheh baru tahu ayah dia kahwin lagi satu. Akhir bulan 10 lepas. Dan dia baru tahu sekarang. Ayah dia tak nak bagitahu sebab takut ganggu exam. Memang terkejut tapi aku tengok sheh dapat menerima dengan baik. Cuma mak dia asyik telefon. Dah tak tahan sangat tanggung sendiri. Pada saat ini, aku dan rakan2 menghabiskan masa menenangkan Sheh. Bila dengar mak sedih memang la kita pun sendiri akan sedih juga.

Sangat dilema bila mak sendiri mengajak ke arah melakukan benda syirik. Tak mungkin memenuhi permintaan mak yang menyuruh anaknya mengingkari Tuhan.

Memang Indonesia ramai bomoh2 yang hebat, tapi bukan senang juga nak cari. Dan kami perempuan, perkara ini sangat berisiko. Lagipun masing2 sibuk dengan ujian. Ratapan seorang ibu yang sudah hilang kawalan membuatkan sheh tak tega. Kami rakan2 sedaya upaya memujuk agak sheh tak terperangkap sama dalam permainan emosi mak dia. Sheh sebagai orang yang boleh berfikir rasional seharusnya menguasai mak dia yang dah hilang panduan.

Mak dia mula hilang kawalan lepas bermacam cara dilakukan seperti solat hajat, berdoa, air penawar dll, tapi semua tak menjadi. Jadi dah tak percaya kepada semua tu lagi. Maka jalan singkat untuk mendapatkan suaminya kembali adalah dengan memakai bomoh. Dan anak menjadi orang harapan untuk mencari bomoh tersebut. Sebab bomoh kat Indon power ke?Bukan kat Siam pun ada bomoh ke?

Kemana hilang akal waras mak yang selama ini yang sentiasa rasional, yang selalu mengutamakan pelajaran anaknya sehinggakan sanggup menggangu emosi anak tersebut di kala ujian? Sebaik2 wanita ini sanggup melakukan hal seperti ini hanya kerana cintanya kepada seorang lelaki bernama suami yang menduakan cinta tulus dari dirinya.

Entahlah, diri sendiri berkata itu ini, tapi macam mana kalau kita yang mengalami? Adakah akal yang berbicara ataukah emosi yang mendahului?
Ujian wanita ini begini, ujian kita entah macam mana. Sekarang kita gembira, bersyukurlah. Bukan semua benda yang kita nak boleh dapat. Selama ini mungkin kita hidup bahagia, adakah hanya sebab satu ujian berat datang melanda, kita mula hilang dan jauh dariNya? Harapannya tidaklah begitu.

4 comments:

Anonymous said...

Syrupus,
Semua jawapan pada kemusykilan kita ada dalam al_Quran. Inilah Ayat-ayat cinta dari Allah pada hambanya.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "kami beriman", sedang mereka tidak diuji? -Surah Al-Ankabut ayat 2

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216

'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12

Anonymous said...

Terima kasih atas sarannya..
Kita hanya hambanya yang lemah..
Baru diuji sikit dah goyang..

Anonymous said...

Adik,
Ibu itu memerlukan pertolongan, spt kakak juga yg telah melaluinya, ianya amat payah sekali utk ditanggung sendirian. hanya kami yg tahu pedihnya. Bawa ibu itu berubat di darul syifa. insha Allah dgn izin nya hati akan tenang. Jangan di biarkan ibu itu sendirian kerana fikiran jahat mmg akan dtg berulang2. DONT JUDGE HER! HELP HER!

Anonymous said...

ibu tu memang tak sendirian.
Ramai membacking dia kat malaysia tu.Depan suami dia tunjuk ok, dalam hati tak sapa tahu.
Satu cadangan yg baik.nanti saya bgtahu kawan saya..
Ktrg memang tak tahu nak buat apa untuk tolong dia.Sebab dah banyak kali nasihat.
Terima kasih atas sarannya..;)