Monday, 5 January 2009

Jom puasa sunat..

Salam..Aku nak mengajak orang puasa ni. Kepada sesiapa yang boleh puasa,
jom puasa 9 n 10 Muharram ni.

Kenapa nak puasa tarikh ni?
Huhu..penting untuk tahu, supaya kita tak jadi umat Islam ikut-ikutan sahaja. Ustaz cakap haram, kita tak tanya dari mana dalil kata haram.. Ustaz cakap puasa main puasa je. Puasa kenapa takut nak tanya..Haha..ni yang nak kasi tahu ni.

1. Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”.
(Muttafaqun ‘Alaihi).

2. Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab,
“(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”.
(HR. Muslim)

3. Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

Jadi bila dah tahu, taklah teragak2 lagi niat kita puasa. Menghidupkan sunnah. Marilah puasa sunat yang diamalkan oleh Rasul kita sendiri. Siapa lagi yang kita nak ambil contoh kalau bukan nabi kita sendiri.

2 comments:

mr. hafis said...

jom.

syrup said...

Kejutkan sahur..huhu..
(sambil mengenyit2kan mata)