Malam tahun baru semalam, aku dengan budak2 rumah terkejut sangat dengar bunyi mercun berdentum kuat depan rumah. Awal sangat kalee..
Ye lah tahu la korang nak sambut tahun baru, tapi takkan lepas Isyak dah nak main mercun bam bam boom..Lagipun, membazir je.Main tengah2 malam tu sudah la.
Aku tahu Indonesia ni besar, mungkin korang sambut tahun baru ikut Waktu Indonesia Timur ke, tapi taklah seawal itu kot. Paling2 awal pun, 2 jam sebelum waktu Jakarta la. Kesian Jojo, menangis je.Terkejut agaknya budak tu.
Malam tahun baru ni, boleh dikatakan banyak cerita menarik la dekat TV. Kalau tak, TransTV,SCTV dll tu asyik mengulang cerita yang sama je. Konon pertama kali di layar kaca la..Ye la sangat tu.
Rasanya kalau cerita tu tak ulang 5-6 kali dalam setahun macam tak sah je. Paling-paling sebulan ulang 2 kali. Jadi tak kisahlah kalau terlepas cerita menarik ke, sebab mesti akan ulang lagi.
Ada Harry Potter kat TV. Tengok Harry Potter la sebab budak2 ni nak tengok sangat. TV lain pulak ada cerita hantu. Selang2 la tukar channel bila iklan. Cerita hantu ni banyak scene mengejutkan dari scene takut. Jadi ramai2 tengok ni, kira menarik la. Jerit sama2, lepastu gelak2 cover. Lepastu cakap bodohla cerita ni, tapi tengok jugak..huhu..
Tengah berdebar2nya tengok cerita hantu, terdengarlah dentam dentum bunyi mercun dari pelbagai arah, la dah jam 12 rupanya. Serentak budak2 ni jerit Happy New Year..
Lepastu semua lari keluar rumah, dah tak ingat TV dah, masing2 tak sabar sebab nak tengok bunga api dari depan padang masjid. Tinggal lah aku sorang depan TV. Cerita tengah nak klimaks, mana boleh lari..Aku rasa tak mungkin la hantu nak keluar masa ni.
Dan, ternyata..hantu tersebut memang bijak, ambil kesempatan muncul depan TV masa aku tinggal sorang2 atas sofa. Terkejut jugak la aku depan TV tu..
Terjerit sorang2..waa..
Nasib tak kejang kat situ jugak.
Nak kongsi ketakutan, semua orang dah keluar pulak..
Aku pun kelam kabut mencari romote control TV yang tak jumpa2. Last2 aku tutup je TV tu..
Hantu jahat..
7 comments:
remote tv pun bersubahat nk takotkan ko. isk3...
Budak2 ni keluar bawak remote kot sekali.budget handphone ke apa..
takut hantu tv rupanya. Hehe.
terkejut la..
selamat tahun baru...!
terkejut dan takut 2 benda yang berbeza selami dalami perasaan itu.. ia menarik.
hikayat-selamat tahun baru juga...yeay...
ahazeman-tu la..lain tu..huhu
Post a Comment