Friday, 9 January 2009

Kakak yang baik

Aku anak pertama, tapi aku suka nak tahu perasaan orang yang ada kakak dan abang.
Bukannya tak suka jadi yang pertama.Best apa. Semua benda, kita yang rasmikan. Baju2 masa kecik2 dulu mesti Kiko tak pun Kiki-lala(ke sama je?)..huhu branded la, sebab kewangan keluarga masih baik. Dan dah sah2 la anak pertama jadi kesayangan. Yang ditunggu2 oleh pasangan yang baru nak merasakan perasaan jadi mak ayah. Tu kalau wanted child la, aku tak merujuk kepada unwanted child.

Masa kecik aku tak kisah pun ada ke tak kakak atau abang ni. Tak signifikan sangat dalam kehidupan aku sebagai seorang kanak2 ceria. Mungkin masa tu pun, tak ada contoh kakak yang ayu atau abang yang protektif dalam persekitaran aku. Kawan2 boleh dikatakan hampir sebaya. Kalau ada, mesti aku akan kagum dengan sifat2 diorang yang itu. Agaknya la..

Tapi sepupu aku Anis, yang berumur 8 tahun pernah jelous kat adik aku sebab dia tak ada kakak.
“Ibu, KakYong nak kakak macam Kakyong Rose”.(sayu je bunyinya)
Tak tahulah kenapa, aku rasa dia jelous sebab aku rajin melayan adik aku kot. Especially bila aku balik Malaysia. Ye la, dia siapa la nak layan. Harap mak ayah, lain tu layanan dia. Atau, adakah sebab aku best, jadi dia rasa nak kakak macam aku, huhu tu aku tak tahu la.

“La, KakYong la jadi kakak, Kakak kepada adik Imran. KakYong Rose tu, kakak kepada Yana, Kak Lya dan Abang Aus. Kan sama tu. Dulu pun KakYong Rose macam tu jugak” jawab ibu Anis. Tak tahulah puaskan hati Anis atau tak sebab budak tu masih buat muka toya dia.

Kadang2 kesian jugak. Aku masa kecik takde perasaan tu, jadi aku tak berapa faham sangat. Hidup bahagia je dengan dunia sendiri.
Kalau ada pun kakak dan abang angkat masa sekolah rendah dulu je. Setakat bagi gula2 dan kirim salam je buat pe. (boleh tak nak perasan comel?)

Tu la pasal sekarang ni bila aku rasa nak bawak adik aku jalan2 ke atau nak manjakan adik aku, aku angkut jugak la diorang ramai2 main kat taman atau jalan mana2 la. Belanja aiskrim ke. Biar diorang rasa aku best. Eh, biar diorang rasa sekejap ada kakak nak melayan diorang..

Budak2 kan, kalau masa kecik kita buat baik kat dia, dia akan kenang apa yang kita buat. Untung2 dia ingat la kita bila besar nanti. Mana lah tahu kalau2 kita susah nanti, dia teringat kita pernah buat baik kat dia, mesti dia tolong..Tapi ni bukan la tujuan utama. Tujuan sampingan je. Tujuan utama adalah nak teruskan menambah good impression mereka terhadap aku..haha..

Atas:Anis

Bawah:Yana

10 comments:

ijan said...

aku abg sulong. bwh aku ada 5 org askar upahan. haha...

syrup said...

haa..tengok bright side la kan..
askar upahan or askar suruhan?huhu

hikayat aku dan mereka said...

saya ada 2 abg dan 2 adik lelaki... tak penah rasa kakak sbb dia meninggal masa baby.. tapi.. takpe.. still boleh hidup happy dgn abg2.. main apa yg diorang main... best jugak la...

Anonymous said...

wah mesti dimanjakan sebab anak perempuan tunggal...

hikayat aku dan mereka said...

tak tahu la nak ckp dimanjakan atau atau tak.. saya dibesarkan dgn abg yg dua org tu je... tapi terasa dimanjakan la kdg2 sbb slalunya diorang akan layan... so.. mmg best... =)

Anonymous said...

bertuahnya..

Sub said...

sy ada abg dan ade adik pompuan...
yang tengah2 ni biase org kate berdemokrasi...heheh

Anonymous said...

haha..ye ke.
Selalu yang tengah ni buat hal sendiri dan lebih pandai berdikari.
betul kot ye.

Anonymous said...

Aku x bleh beli keropok yg ada mainan kat dalam masa sekolah rendah dulu...mesti dua org kakak aku tu balik repot kat mak!
Tapi bila ada adik yg sekolah sama, aku akan rasa best tiap kali tgk adik aku berdikari beli karipap dan air sirap sendiri tanpa bantuan.

syrup said...

hehe..perasaan yang aneh kan?