1. Aku punya banyak masa sebab dah start cuti semester
2. Aku teringin nak merasai pengalaman layan benda ni..Dari Bapak Bean Moreno.Terima kasih.

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Tulis 10 perkara mengenai org yg bagi award nie
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
1.Bean ni kawan blog. Seorang lelaki.
2.Bean rajin menulis tentang apa saja.
3.Bean sudah bertunang dengan aweknya yang comel
4.Bean suka Mr Bean.Kat blog dia ada mamat tu. Aku ingat Bean suka Inul.
Lima. Blog Bean selalu ada clip video. Kartun, iklan, lagu memang selalu ada.
6.Bean suka bola. Dia peminat Liverpool.
7.Nama dia Abdullah Hafiz bin Hussin..Betul ke tak ntah..
8.Dia seorang yang peramah, happy dan mahu menjadi anak yang baik.Sebab dia dah nak kawin kot.
9.Oh ye bekerja sebagai PC specialist di Mutiara Damansara.
10. Rajin mengunjungi blog orang sebab nak orang melawat blog dia balik..Setiap pengunjung perlu dijaga hatinya, sebab setiap orang adalah duit..huhu..
Nah..terimalah 10 perkara tentang aku:
1. Aku seorang yang lebih memilih sikap berdiam diri dan penyabar, tetapi boleh je jadi kecoh bila2 masa. Tanpa diduga sama sekali. Aku bukan anti lelaki tapi aku kurang melayan lelaki di dunia nyata. Cakap yang perlu sudah..Ah, senang cakap aku tak sosial la..Aku menjaga batas2 pergaulan..
2. Makanan dan minuman yang aku boleh makan seharian dan sampai bulat perut adalah laksa penang dan soya. Tetapi tidak dalam masa yang bersamaan ye.
3. Aku suka memasak dan kalau masak, jangan tanya aku masak apa..Mula2 memang cakap nak masak ayam kunyit tapi ending...tadaaa...jadi ayam masak kicap. Aku memang suka melakukan improvisasi, dan menukar di saat2 akhir. Tak kisah...asalkan sedap.
4. Jealous tehadap orang yang boleh belajar sambil meniarap macam cik Nur Shezwani Akmal binti Mohd Shariff. Huhu..aku tak boleh, mesti tahan 2 minit je, lepastu terbang ke republik mimpi..
lima. Senang jatuh cinta dengan lelaki yang tengah baiki2 barang tak kisah handsome ke tak. Suka tengok diorang tengah khusyuk kot. Betulkan LCD kat kelas ke, betulkan aircond, betulkan radio..betulkan rambut...eh, tak termasuk yang ni.=P..
6. Junk food yang aku suka adalah kacang goreng. Yang best adalah cap Ngan Yin, menglembu, cap 2 kelinci dll..Haha aku makan kacang laju macam robot, memang tak ingat dunia .Tiba2 je dah habis sepeket (tapikan.. robot tak makan kacang)
7. Masa kecik2 suka makan bedak sejuk, batu2 kecil dan rumput2 di padang..Tak tahu kenapa.
8. Takut teramat sangat dengan pacat. Yang tengah hisap ok lagi, aku takut yang tengah bergerak2 tu..ni memang aku boleh menjerit dengan hebat. Mungkin aku kena menjalani terapi pacat dengan Dr Evalina.. doc, saya rasa saya mengalami masalah psikologi..
9. Pernah nak kena culik sebab lari dari sekolah masa darjah 1
10. Fitnah yang paling teruk adalah aku dikatakan memberi surat cinta kepada banduan. Padahal kawan aku yang bagi, aku pun tak tahu bila. Tak pasal2 bapak aku dan bapak kawan aku sekali kena panggil..Haish~~
Eh, banyak lagi aku nak tulis ni apesal 10 jer..adoi..
10 orang aku kena hantar ke?haha..ternyata aku tidak mempunyai ramai kawan blogger.Lifesaver,Wiseman, Hikayat, sub ngan aku pentoi ke..Aku nak suruh Mr Hafis tapi sure dia tak nak sebab tak nak cerita hal peribadi. Ok, sape2 yang free dan mahu sharing2 sajalah....
3 comments:
cik syrupus~
berat sungguh tanggungjawab yg kamu bg tu..tp akan ku laksanakan jua!!!
hehehe...eleh lifesaver awak memang suke tag2 pun kan...jalankan tanggungjawab sbg pengundi...
to syrupus...Tq buat tugasan dengan baik...pandai eyh ko puji aku lebih2...hehehe
lifesaver-yeah!!..bagus..
bean-puji tak ada makna pun..bukan dapat apa..hahah
Post a Comment